in

Spaghetti Aglio Olio, All Time Favourite


Hari minggu, macam biasalah.. kalau tak ada event nak kena attend, confirm aku jalan-jalan cari makan.

Lokasi yang dituju hari ini, Wondermilk Cafe. Sebabnya, wife teringin sangat nak makan cup cake.

Seperti yang pernah aku cerita sebelum ini, cup cake Wondermilk memang sedap. Boleh dikatakan antara yang terbaik dari ladang lah. 10 bintang punya.

Tetapi, cup cake pun cup cake juga. Disamping cup cake, ada satu lagi menu kegemaran aku kalau datang berkunjung ke sini, Spaghetti Aglio Olio. All time favourite beb. Kalau datang ke sini, tak sah kalau tak order. Favourite wife aku juga.

Spaghetti Aglio Olio Wondermilk

Kopi Cap Rusa - Wondermilk. Ko hado?
Kopi Cap Rusa – Wondermilk. First time rasa. Ko hado?

Dan untuk pengetahuan, kunjungan aku kesini kali ini baru aku dapat tahu bahawa pemilik Wondermilk ini rupa-rupanya melayu. Fuh.. kagum kejap. Konsep kedai santai, hiasan menarik, makanan sedap. Memang respect habis.

p/s: Untuk makluman, Wondermilk dah buka cawangan di IOI City Mall. Dah kira dekat dengan rumah aku tu. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to farzli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *