Jika ada yang bersetuju tentang had umur pengeluaran simpanan KWSP dinaikkan kepada 60 tahun, maaf aku sangat tak setuju.
Semalam baru saja aku submit borang kaji selidik yang dikeluarkan oleh KWSP.
Bagi pendapat aku, tempoh sedia ada (55 tahun) sudah terlalu lama untuk ditunggu. Ini kan pula terpaksa dilanjutkan lagi 5 tahun.
Bagi pendapat aku, caruman aku adalah duit simpanan aku. Tanggungjawab KWSP hanyalah sebagai tempat untuk membuat pelaburan. Apa yang aku ingin lakukan terhadap simpanan aku kemudian hari, itu bukanlah urusan mana-mana pihak yang lain. Malah, jika aku ingin berbelanja sakan dengan wang tersebut sekali pun, aku tidak perlu meminta izin terlebih dahulu daripada pihak KWSP. Kerana, itu hak aku.
By the way, jika korang juga tak bersetuju dengan cadangan melanjutkan had umur pengeluaran KWSP ini, aku sarankan korang cepat-cepat login i-akaun KWSP masing-masing. Isi borang kaji selidik, kemudian nyatakan pandangan korang, kenapa korang tak bersetuju.
Nota: Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan untuk Tabung Haji, Akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan untuk pelaburan unit trust dan juga pengurangan bayaran ansuran rumah.
Saya pun tak setuju… Duit KWSP lagi cepat dikeluarkan lagi bagus… Supaya dengan wang tersebut, dapat digunakan untuk berniaga atau membeli hartanah sebagai persediaan sebelum bersara…
Salam ukhwah, pendapat kita sama Cikna pun xsetuju watpe NAK simpan lama2…. Duit kita suka hari kita LA NAK watpe pun, NAK tggu umur 60 tu lama kot ntah2 meninggal sebelum USIA wariss gak yg t’senyum bahagia.
aaaa… nasib baik baru melangkah dunia pekerjaan. takde laa stress sgt
kekalkan 55 tahun, kwsp ni senang2 je nak tentukan duit orang cmni2 huhu..
tak setuju lanjutkan 60tahun, apelaaa… 55 tahun pun da cukup lama..
Tak setuju juga.. Untuk tak hilang or membazir lepas dah keluar umur 55 tahun tu, make sure ada proper plan. Kang 1 juta pun ,1 tahun ja boleh clear.
saya x isi lagi borang tu, kalau x silap benda ni x jadi dibuat betul x?
Isi je bro. Mana tahu tiba2 diorang tukar fikiran pulak. Bukan boleh kira. Hahaha
Huhu..terbaiklah bro..hak kita..kena jaga dan pastikan ia tidak membebankan kita..