in

Lepak Makan Di TNL Bakery Cafe Hipster Puchong


Bulan ini dah dua kali aku ulang-alik ke Bandar Kinrara Puchong untuk sesi personal coaching kelas buat blog menggunakan WordPress. Dek kerana tujuan tersebut jugak, baru lah aku perasan rupa-rupanya kat Bandar Kinrara ni ada sebuah cafe hipster yang menarik untuk orang lepak-lepak makan tanpa rasa ralat dengan kualiti makanannya. Kalau korang tercari-cari cafe hipster Puchong yang santai, eye catchy, dan makanannya sedap, aku memang highly recommend korang pergi ke TNL Bakery Cafe je.

TNL Bakery Cafe ini terletak betul-betul di tengah Bandar Kinrara. Landmark yang mudah untuk korang kenali adalah ianya berdekatan dengan pasaraya Lotus (yang dulunya dikenali sebagai Giant Bandar Kinrara).

Kunjungan aku ke sini selepas habis sesi coaching WordPress dan SEO tempoh hari adalah bersama dengan partner aku, Sohoque. Turut hadir, Yoe dan juga Adeeb yang mana mereka adalah merupakan student kitorang dalam sesi perkongsian ilmu WordPress dan SEO hari tersebut.

Dekorasi dalaman cafe hipster Puchong

First impression ketika melangkah masuk ke TNL Bakery Cafe ini, jujur aku katakan aku suka dengan konsepnya yang minimalis. Dekorasi dalaman cafe yang simple bagi aku sangat sesuai buat mereka yang inginkan ketenangan ketika melepak di cafe sambil menyiapkan kerja-kerja peribadi.

Terdapat sudut-sudut menarik untuk pengunjung lepak santai dengan rakan-rakan, tak kurang juga aku dapati cafe hipster ini sesuai untuk diadakan majlis-majlis keraian seperti birthday, family gathering dll kerana ruangan dalaman yang agak luas serta mempunyai pengudaraan berhawa dingin yang baik.

Pilihan menu makan di TNL Bakery Cafe

Long story short, bila dah masuk cafe dalam keadaan lapar, dah tentu makanan yang menjadi keutamaan kitorang. Menu-menu sampingan hanya untuk tatapan mata, tapi main course menjadi pilihan. Dan untuk kali ini, perut pantai Timur kitorang asyik memanggil-manggil ikan salmon sebagai juadah petang.

Maka sehubungan dengan itu, aku dengan nekad hati memilih Norweigian Grilled Salmon.

Hidangan ikan salmon di cafe hipster Puchong

Manakala Sohoque, Yoe dan Adeeb pula memilih Tokyo Teriyaki Grilled Salmon, Signature Nasi Lemak dan Salted Chicken with rice.

Pilihan menu minuman di cafe hipster Puchong

Personally, presentation kesemua menu-menu ini kelihatan menarik. Cumanya untuk personal review makan-makan dalam blog ini, aku hanya dapat berkongsi pengalaman menikmati Norweigian Grilled Salmon sahaja kerana menu lain, aku segan nak mintak rasa (dah la musim Covid, berani nak jamah-jamah makanan orang ye.. Hahaha)

Ibarat menjamu selera di hotel 5 bintang, apabila presentationnya menarik, suapan makanan ke mulut juga terasa enaknya. Begitulah yang terjadi di cafe hipster Puchong ini apabila isi Norweigian Grilled Salmon disuap ke mulut, tekstur isi salmon itu terasa segar dan dilengkapi dengan rasa masam, manis, dan masin sos krim putih dan honey lemon dressing yang dihidangkan.

Kentang putar yang dihidangkan bersama juga agak unik kerana ia dibuat menggunakan ubi kentang asli yang dilenyekkan, malah salad yang disertakan sekali turut terasa kesegarannya lagi.

Melengkapi juadah petang itu, aku menikmati frappe Death By Chocolate sebagai penutup makan petang. Dimana untuk minuman ini aku difahamkan bahawa kewujudannya mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Death By Chocolate & Ocean Blue Fizzy Soda

Death By Chocolate – Merupakan menu ciptaan sendiri TNL Bakery Cafe. Wujudnya ia kerana ketika isteri pemilik Cafe ini sedang hamil, isterinya sering mengidam untuk makan aiskrim Famous Amos. Jadi dek kerana kesukaran untuk mendapatkan aiskrim tersebut, mereka dengan sengaja telah R&D minuman coklat mereka dari semasa ke semasa sehinggalah terhasilnya frappe Death By Chocolate yang rasanya seakan-akan sama dengan aiskrim Famous Amos tersebut.

Jadi kepada sesiapa yang nak merasa masakan ikan salmon yang aku anggap salmon paling best setakat ni di Kinrara, korang bolehlah berkunjung ke sini ye. Frankly speaking, mesti korang tak kan menyesal. Bagi aku harga memang berbaloi dengan kualiti rasa. Tapi kalau korang nak makan lain pun boleh juga, boleh rujuk page Facebook diorang untuk senarai menu terkini – www.facebook.com/tnlcafekinrara

Food presentation cantik dan kemas. Makanan yang dihidangkan menggunakan bahan mentah yang segar. Rasa masakan yang sempurna tanpa terlebih rasa masam, masin dan manis. Salmon dimasak dengan baik dan tidak terlebih masak. Persekitaran cafe luas, kemas dan bersih. Pengudaraan yang bagus dan mempunyai dekorasi yang cantik dan tidak berserabut. Friendly staff.

Downside: Tidak berdekatan dengan mana-mana stesen LRT/MRT yang memudahkan pengunjung untuk datang ke cafe.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *