Dari minggu lepas aku dah plan nak ke Plaza Damas, dekat Sri Hartamas sana nun. Sebab ada satu kedai makan yang kawan aku bagitahu makanan semua sedap-sedap. Yelah, sebagai seorang food hunter part time, mencuba sesuatu menu yang baru dah semacam aktiviti kesukaan aku sekeluarga.
Pantang ada orang bagitahu ada kedai yang best, tak kisah jauh atau dekat mesti dalam masa yang terdekat aku akan usaha untuk jejak kaki ke sana.
Dijadikan cerita untuk hari ini, kedai makan yang maksudkan adalah Don’s Warong.
Don’s Warong ini kalau nak tahu, adalah sebuah kedai makan hak milik orang melayu. Orang Johor ownernya, kebanyakan menu juga adalah menu Johor.
Tapi apa hubungkait Don’s Warong dengan Plaza Damas?
Ahaaa.. Sebabnya Don’s Warong ini terletak dalam Plaza Damas. Tapi bukan exactly dalam shopping mall tu, tapi ianya terletak di bahagian atas luar bangunan. Pendek kata kawasan open air.
So, kalau korang yang first time nak datang sini dan mencari landmark yang mudah untuk singgah ke Don’s Warong, aku boleh kata korang cari je la Plaza Damas itu sendiri.
Berbalik kepada cerita menjadi seorang food hunter, of course masa aku menjamu selera di Don’s Warong ni aku tak cuba satu menu je kan. Ditambah pulak bila bawa anak bini, ada 4 perut kesemuanya untuk diisi.
Maka, disebabkan itu.. menu-menu yang jadi pilihan pada hari tu adalah.. Jeng jeng jeng..
Nasi lemak kukus ayam – Nasi lemaknya memang berlemak. Ayam rangup. Cuma sambalnya sedikit pedas. Kalau korang suka pedas, tak jadi hal sangat. Small matter.
Mee rebus Johor – Antara menu yang jadi hot selling kat Don’s Warong. Kuahnya pekat dan penuh dengan rasa, bukan kosong gittew je.
Aku difahamkan, resipi mee rebus Johor ini adalah resipi turun temurun pemilik Don’s Warong. Untung generasi owner resepi mee rebus ni, sebab menu ni memang sedap.
Laksa Johor – Kuah laksa pun pekat jugak. Agak berbeza dengan laksa-laksa Johor yang pernah aku makan, kuahnya complete dengan rasa masam manis pedas. Menepati citarasa aku. Tapi, kalau korang nak pedas lagi.. gaul je terus dengan sambal tu.
The Don’s Burger – Burger ini favourite Khair. Masa mula-mula menu sampai, dia dah bedal burger ini dulu. Portion agak besar, beef patty pun tebal.
Untuk burger ini agak unik, sebab kalau korang makan roti saja pun terasa macam ada sedikit rasa manis. Sedap weh! Actually, makan sebiji burger ni pun dah boleh kenyang. Serius.
Don’s Chop – Kalau kat kedai luar, nama untuk menu ini adalah chicken chop. Isinya lembut dan keraknya rangup. Bagi aku quite nice, sebab gravy dia sedap. Khair punya suka sampai jilat-jilat bekas letak gravy tu. Hahaha. Dan secara peribadinya, aku juga perasan macam kerak ayamnya ada campuran telur masin gitu. Tapi aku tak berapa pasti kesahihannya sama ada mulut aku je rasa macam tu atau orang lain pun sama. Sebab bila tanya wife dia kata, dia kata tak ada pun rasa telur masin. Hahaha.
Dan akhir sekali Ais Kacang – Presentation yang wow, membukit. Dan of course, kalau benda berais ni, Khair memang naik hantu la.. ibu nak makan pun wajib rebut dengan dia. Huh.
So itu dia makanan-makanan yang kitorang dah makan. Ada 6 hidangan kesemuanya. Campur air 3 jenis iaitu 1 gelas lemon honey tea, 1 gelas ice blended milo oreo dan 1 cawan lagi air yang cukup famous kat sini iaitu Kopi muar.
Overall, dari pendapat peribadi memang boleh dikatakan pilihan makanan kat sini memang awesome.
Ditambah pula dengan susun atur meja dan konsep hiasan kedai yang nampak santai, bukan setakat seronok kalau makan-makan dengan family.
Tapi sesuai jugak lepak dengan rakan-rakan ataupun untuk meeting santai sekalipun. Tak banyak gangguan dan selesa.
Untuk makluman, Don’s Warong ini dibuka dari awal pagi sehingga ke tengah malam. So, nak makan breakfast korang boleh datang sini.. nak makan tengahari pun boleh. Nak rileks lepas balik kerja pun tak ada masalah.
Dan.. dari segi harga pulak. Berpatutan. Tak terlalu mahal bagi kedai yang standard macam ni.
Jadi, kalau ada masa korang pergi la terjah. Cuba sendiri menu yang aku share tu. Sementara itu, kalau korang nak dapatkan maklumat terkini mengenai Don’s Warong, boleh juga layari laman sosial mereka di:
Facebook – facebook.com/DonsWarong
Twitter – twitter.com/Donswarong
Instagram – instagram.com/DonsWarong
Wah bisa jadi referensi wisata kuliner kalau berkunjung ke Malaysia nih.