in ,

Gara-Gara Unifi Turbo, Aku Terpaksa Pasang Router D-Link AC1200 DIR-842


Yes.. Seperti tajuk yang tertulis diatas, secara rasminya aku dah jadi pengguna router D-Link AC2100 DIR-842. Sebelum ni memang tak terlintas langsung di fikiran aku untuk tukar router ASUS RTN12HP yang aku tengah pakai sekarang ni, sebabnya router ini masih berfungsi dengan cemerlang setiap masa.

Tapi, disebabkan pakej Unifi aku baru-baru ini telah dinaik taraf kepada Unifi Turbo secara percuma – bukan sikit, tapi sehingga 500Mbps. Maka tergerak hati aku untuk mencari ganti router yang baru supaya dapat menikmati kelajuan internet yang maksima.

Pengenalan kepada Router D-Link AC1200 DIR-842

Merujuk kepada spesifikasi dan teknikal router D-Link AC2100 DIR-842 ni, ia adalah router entry level yang mana prestasinya lebih tinggi berbanding ASUS RTN12HP. Ini kerana bagi router D-Link AC2100 DIR-842, ia adalah sebuah router yang menawarkan fungsi dual band frequency – 2.4Ghz dan 5Ghz.

Secara mudahnya, bagi situasi sebenar band frequence 2.4Ghz menyediakan liputan internet maksima sehingga 80-90 Mbps (walaupun diatas kertas mungkin pengeluar akan kata mampu mencecah kelajuan sehingga 300Mbps. Jangan tertipu ya). Manakala untuk band frequence 5Ghz pula, ianya berkemampuan menyediakan liputan internet sehingga 876 Mbps.

Cara untuk setup Router D-Link AC1200 DIR-842

Okay. Sembang banyak pun tak guna. Jadi, disini aku kongsikan bagaimanakah caranya untuk korang setup router D-Link AC2100 DIR-842 ni.

Pertama, muat turun file kemaskini router korang melalui laman rasmi D-Link mengikut model masing-masing (dalam tutorial sekarang, kita kena cari model DIR-842. Nanti aku cerita kenapa perlu kemaskini).

Pautan rasmi korang boleh klik pada www.dlink.com.my/category/support-main/download-center/. Sesudah dimuat turun, simpan elok-elok dulu.

Sambungan kabel dan log kali pertama

  1. Kemudian unbox dan keluarkan segala benda yang ada dalam kotak. Pakej yang terdapat didalam kotak korang terdiri daripada sebuah router ber-antena 4, kabel dan power adapter.
  2. Langkah seterusnya, cucuk power adapter dibahagian belakang router dan hidupkan dengan menekan butang ON (juga dibahagian belakang).
  3. Sambungkan kabel (kuning) daripada modem ke port dibelakang router (yang juga berwarna kuning).Menggunakan satu lagi kabel (aku pakai yang kelabu), cucukkan kabel tersebut kedalam port bernombor (1) dibelakang router dan seterusnya sambungkan kepada laptop/pc korang.
    Nota: Router ini mempunyai 4 port Gigabit Ethernet dimana ianya mampu menyokong mana-mana pakej Unifi yang berkelajuan lebih daripada 100Mbps. Port Gigabit Ethernet mampu menyokong sehingga kelajuan 1,000Mbps, manakala port Fast Ehternet (biasa) pula mampu menyokong sehingga kelajuan 100Mbps sahaja.
  4. Di laptop/pc korang, gunakan browser untuk log masuk ke homepage router D-Link korang menggunakan alamat URL ini – 192.168.0.1
  5. Untuk penggunaan kali pertama, secara default tiada kata laluan ditetapkan. Korang cuma perlu tekan “Enter”.

Kemaskini dan naik taraf firmware

First thing first sebelum proceed kepada membuat tetapan (settings) terhadap router korang, pastikan router beroperasi menggunakan firmware terkini. Untuk tetapan router ini, aku pernah sekali buat silap bilamana menggunakan firmware lama sehingga menyebabkan router tidak berfungsi dengan baik. Sekaligus menyebabkan sambungan internet/wifi menjadi tidak stabil.

Untuk mengemaskini firmware router Router D-Link AC1200 DIR-842, selepas korang log masuk ke homepage:

1. Pergi ke Management > Upgrade > Upgrade Manually > Dibahagian Upgrade Firmware : Select file kemaskini yang telah dimuat turun (cari balik kat mana korang save awal-awal tadi).

Sebelum naik taraf dijalankan, baca arahan daripada fail ReadMe.txt yang telah disertakan bersama fail kemaskini. Ini kerana, sebagai contoh untuk firmware 3.10 terdapat 2 fail yang perlu dimuat naik iaitu DIR842C1_FW310b05.bin dan DIR842C1_FW302b03_middle.bin. Jadi, pastikan ia dimuat naik sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang masalah.

Tetapan sambungan internet

Setelah selesai proses naik taraf atau kemaskini firmware dilakukan, korang boleh proceed kepada process yang seterusnya iaitu tetapan sambungan internet. Disini sekiranya korang baru sahaja menggunakan router ini buat kali pertama, ia akan memaparkan Installation Wizard bagi membantu memudahkan proses penetapan.

1. Paparan pertama. Klik Next.

2. Untuk bahagian Configure Your Internet Connection, sila pilih PPPoE. Klik Next.

3. Seterusnya masukkan username serta password yang dibekalkan oleh TM. Tapi sekiranya korang terlupa, boleh je dail TM melalui talian 100 untuk dapatkan detail tersebut. Talian 100 ini beroperasi 24 jam ya, jadi tak kisah kalau korang nak call jam 2-3 pagi pun tak ada masalah. Selesai isi, klik Next.

Kemudian masukkan pula nama rangkaian serta password Wifi yang korang inginkan, nama ini akan dipaparkan pada senarai Wifi umum. Ianya boleh dilihat seseorang dikejiranan korang sekiranya beliau sedang scan Wifi. Klik Next lagi.

Dibahagian Device Admin Password pula, ini adalah bagi menetapkan kata laluan sekiranya dimasa akan datang korang nak login lagi ke homepage router D-Link ini.

Selesai memasukkan kesemua butiran tetapan, korang akan dibawa ke satu bahagian Summary. Disini username dan password yang telah dimasukkan akan dipaparkan. Sila salin dan simpan ditempat yang selamat bagi mengelakkan korang terlupa.

Selepas korang menekan butang Next pada paparan Summary, ucapan tahniah berserta summary akan dipaparkan sekali lagi. Klik Finish untuk menutup paparan tersebut, dan korang akan dapat melihat status sambungan internet anda seperti dibawah.

Tetapan IPTV

Sesudah membuat tetapan untuk sambungan internet, kini tiba giliran untuk mengubah tetapan bagi IPTV pula.

By default, router ini masih lagi tidak dapat menghubungkan IPTV kepada tv korang. Jadi untuk membolehkan ia berfungsi, mula-mula korang hubungkan kabel IPTV daripada modem kepada router mengikut nombor port yang sama (aku sarankan guna port no.4) – keluar dari modem port no.4 kemudian disambungkan kepada router juga port no.4.

Selepas kabel disambungkan, pergi ke Settings > Internet > Pilih tab VLAN dan ikut pula langkah dibawah.

Selepas butang Save ditekan, router korang akan reboot dengan sendirinya. Sesudah selesai, IPTV akan berfungsi setelah ianya kembali dihidupkan.

Tetapan Wifi (Wireless)

Tetapan untuk internet dah siap, tetapan untuk IPTV juga dah siap. Tapi ada lagi yang belum siap sepenuhnya. Part Wifi belum selesai. Secara asasnya sekiranya kesemua langkah diatas dilakukan dengan betul, inshaAllah Wifi dah boleh mula digunakan.

Namun begitu, bagi membolehkan korang memaksimakan kelajuan Wifi korang. Ada perlunya korang ubah sedikit tetapan asal yang ada.

Bagi frekuensi 2.4Ghz, untuk mengelak interference (gangguan) daripada rangkaian Wifi jiran korang. Korang juga boleh cuba untuk gunakan channel yang berlainan. Seperti contoh yang aku gunakan adalah penggunaan channel 6 yang mana tak ramai dikalangan jiran aku yang menggunakannya.

Bagi frekuensi 5Ghz pula, bergantung kepada kawasan sekeliling perumahan korang. Sekiranya tidak ramai yang menggunakan frekuensi ini, just maintain tetapan sedia ada sudah mencukupi.

Selesai sudah korang buat kesemua tetapan dibawah. InshaAllah semuanya akan berfungsi dengan baik.

Prestasi router D-Link AC1200 DIR-842

Walaupun router ini jatuh didalam kategori entry level, ianya masih berbisa untuk menambat hati pengguna. Ini kerana selain mempunyai sambungan wireless AC1200 (yang bermaksud mempunyai sokongan kepada standard rangkaian 802.11ac – yang menawarkan sambungan WiFi pantas pada frekuensi 5GHz), router ini juga menyokong fungsi MU-MIMO (singkatan bagi teknologi Multi-user, multiple-input, multiple-output) – yang bermakna membolehkan router WiFi untuk berkomunikasi dengan sebilangan peranti secara serentak tanpa memerlukan peranti untuk menunggu isyarat sekaligus mempercepatkan sambungan internet.

Melalui pengalaman aku menggunakan router selama beberapa ini, sejujurnya aku sudah mulai jatuh cinta dengan prestasi yang diberikan. Walaupun penggunaan bateri laptop agak laju apabila menggunakan sambungan Wifi daripada frekuensi 5Ghz, tetapi dengan kelajuan internet yang diberikan serta harganya yang boleh dibeli dibawah RM300, ianya merupakan sejenis router yang memberikan kepuasan selain turut sesuai bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad.

Untuk makluman, router ini didatangkan dengan waranti sehingga 3 tahun.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply
  1. Hi.

    Router ni sama versi yg TM provide utk new unifi installation ker?

    Dua gambar speedtest tu guna wifi connection ker? Yg mana satu guna 2.4ghz punya connection yah?

  2. btw unfi yang tuan guna ni brapa mbps kelajuannya? mmg kalau guna router ni boleh dapat 400++ mbps ke Walaupon langgan unifi 100mbps je?

  3. hubungkan kabel IPTV daripada modem kepada router mengikut nombor port yang sama (aku sarankan guna port no.4) – keluar dari modem port no.4 kemudian disambungkan kepada router juga port no.4.

    Kalau kabel iptv dari modem ke router habis iptv box sambung ke port mana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *