Pasta Di Kafe Wondermilk

Wondermilk, untuk keberapa kalinya kunjungan Hafiz dan isteri menjamu selera di kafe yang famous dengan cupcakenya yang comel + super sedap. Plan asal cuma nak tapau cupcake balik ke Bangi. Tapi tiba-tiba pula isteri cakap nak lunch kat sana terus. Layankan ajelah, lagi pun makanan kat sana sedap juga. Harga pun tak berapa mahal sangat. Antara hidangan yang dipesan:

Mr. Aglio Olio

Mr. Aglio Olio – Pasta yang digaul bersama daging lembu ataupun ayam yang dihiris halus – RM14.90

Sloppy Fries

Sloppy Fries – Kentang goreng yang dituang sos daging ayam cincang. – RM8.90

Sweet Tomato Basil

Sweet Tomato Basil – Pasta bersama sos tomato dan bebola daging – RM14.90

Nampak sedap? Memang sedap pun. Kalau tak percaya boleh pergi cuba sendiri, dekat Damansara Utama je (Uptown lama). Kalau branch lain ada juga di Citta Mall, Ara Damansara dan juga Publika, Solaris Dutamas. Pilih lah mana yang terdekat. Untuk makluman, gambar diatas adalah hakmilik peribadi instagram HafizRahim. Sesiapa yang ada akaun instagram tu sudi-sudikanlah follow ye. Ada cita-cita nak jadi food blogger ni.

p/s: Gua amik gambar makanan bukan bermakna gua mental. Ni namanya menghargai penat lelah Chef yang memasak. Hehe.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

22 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *