in ,

Mandi Sampai Ke Malam Di Lost World Hot Springs


Alkisah masuk Lost World of Tambun hari tu, rasanya kalau tak kerana hujan petang tu.. mesti aku sekeluarga tengah sakan lagi bermain kat dalam tu. Serius weh, seronok sangat anak-anak main air kat dalam. Kalau tak nak main air sekalipun, boleh jugak bawak diorang untuk tengok haiwan dan main bermacam-macam permainan di Amusement Park.

Tapi okay.. disebabkan aktiviti-aktiviti dekat LWOT ni aku dah pernah cerita dalam entri lepas, aku nak cerita pasal benda lain pulak iaitu pasal Lost World Hot Springs Night Park. Jadi kalau korang ter missed nak baca pasal LWOT, korang pergi je kat entri pengalaman bercuti di Lost World of Tambun.

Untuk entri Lost World Hot Springs Night Park kali ni lebih kepada keseronokan aku bermandi-manda di kolam air panas pada waktu malam. Tak kurang juga pada sebelah malam ada tarikan lain seperti Flaming Percussion (orang bermain api), Luminous Forest, Lost World Petting Zoo By Night dan Tales Of The Tribe (ni dekat Monkey Valley.. tak sempat nak pergi sebab masa diorang perform kitorang kat hotel tengah tunggu hujan reda.. sedih).

Nak dijadikan cerita, hujan disebelah petang akhirnya terbawa sampai ke malam. Namun begitu walaupun hujan (tak lebat macam petang tadi.. cuma gerimis), itu tak menjadi penghalang buat aku dan Khair untuk menikmati kepuasan berendam di kolam air panas.

Saphira’s Lair menjadi tempat aku dan Khair melepak untuk beberapa ketika sehingga mengabaikan Haziq bersama ibu. Haziq tak diberi kebebasan untuk join mandi malam, sebab batuk dia belum hilang sepenuhnya. Jadi, ibu la jadi mangsa kena teman. Sori ibu. Hehehe.

Dari satu ke satu kolam kitorang berpindah randah untuk mencuba kepanasan air yang berbeza-beza suhunya. Dan yang paling best, bilamana kitorang dua beranak berjaya berendam di dalam kolam jacuzzi ni, namanya Top Of The World Pool.

Posted by Hafiz Rahim on Isnin, 14 Oktober 2019

Yeahhh! Kiranya ada hikmah disebalik cuaca yang hujan pada malam tu kerana bila hujan, tak ramai orang yang nak turun mandi kolam panas. Jadi, aku dan Khair dapat conquer kolam air panas yang ala-ala private pool yang ada water massage (therapeutic hydro-massage) ni tanpa gangguan orang lain. Hehehe.

Foot spa.. Khair tak nak masuk bila aku cakap kat dia nanti kena pijak-pijak batu. Dia kata sakit. Hampeh. Hahaha.

Oh ya, tak dilupakan juga yang mana tadi aku bagitahu night performance. Sekitar jam 9.00 malam akan bermulanya Flaming Percussion. Sekumpulan penghibur daripada Lost World Hot Springs akan melakukan aksi-aksi yang mendebarkan dengan bermain dengan api.

Yang paling best apabila tibanya kemuncak pertunjukan bermain api ini, akan keluar seorang “otai” yang sekali pandang macam Johny Depp macam berambut dreadlock pakai baju orang asli dalam movie Pirate of The Carribeans, membuat persembahan menelan api didepan orang ramai.

Fuh.. aku sekeluarga super kagum kejap memikirkan logiknya macam mana lidah beliau mampu menahan kepanasan api tu. Kitorang ni bukan setakat api, sup panas pun tak berani masukkkan dalam mulut.. tiup sampai suam-suam dulu baru telan. Hahaha.

By the way, nak diceritakan bahawa terlalu banyak keseronokan yang kitorang alami sepanjang malam berada di dalam Lost World Hot Springs Night Park ni. Itu pun dalam banyak-banyak yang aku cerita masih banyak tempat aku tak sempat nak cover. Pendek kata satu malam tu memang tak cukup lah.

Kemana-mana je dengan brochure LWOT.. Hahaha

Nak tak nak, terpaksa kitorang plan untuk repeat lagi datang kesini di masa akan datang. Wajib repeat tau. Sehinggakan keesokannya bila dah berkemas nak balik ke Bangi, Haziq yang baru berumur 2 tahun tu pun tak dapat move on lagi.. duduk perhati je brochure LWOT sambil ulang ayat “Adik nak peji.. Adik nak peji”. Peji tu “pergi” lah sebenarnya, pelat. Hahaha.

So till we meet again Lost World of Tambun dan Lost World Hot Springs Night Park. 1001 kenangan dibawa pulang dan semestinya ia adalah kenangan manis untuk dikongsikan kepada pembaca-pembaca blog hafizrahim.com jugak. Hee.

Macam biasa, untuk sebarang maklumat lanjut ataupun persoalan mengenai harga tiket Lost World of Tambun ataupun Lost World Hot Springs, korang boleh layari laman web mereka di:

www.sunwaylostworldoftambun.com/lost-world-hot-springs-night-park

Ataupun jika korang tak nak terlepas info untuk mengetahui promosi-promosi terkini, boleh ikuti laman sosial mereka juga di:

www.facebook.com/lostworldoftambun
www.twitter.com/lwotmalaysia
www.instagram.com/sunwaylostworldoftambun
No.telefon LWOT: 05-5428888
No.telefon Lost World Hotel: 05-5408888
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my

p.s: Maaf kualiti gambar tak berapa cun. Biasa la ambik gambar malam-malam. Hujan pulak tu.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. Bestnya! Malam dia pi Hot spring laaa plak.
    Adoi enjoy sakan, berbaloi-baloi rupanya stay kat LWOT ni.
    Bila laaaa kita nak merasa stay sini dan share pengalaman kita pulak kat blog kita. Huhuuu

  2. kan dah ckp… bagi aku LWOT tmpt paling worth utk bwk family… byk sgt benda yg best dlm tu… yg river tu ko x try lg kann.. petting zoo lagi… yg tmpt avatar lagi.. Aku yg 3 kali pergi pun still rs nak pergi lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *