in ,

Dah Dapat Sijil Lulus Grading Tali Pinggang Hijau 2 (Green Belt 2)


Pergi training Taekwondo, lupa pulak hujung tahun lepas Khair ada ambil grading untuk naik ke tali pinggang hijau 2. Bila jumpa Madam untuk request pasal attendance card yang baru, tiba-tiba Madam inform ada sijil yang belum diambil.

Daddy pada mulanya confuse, betul ke ada lagi sijil tak ambil sebab result grading dah keluar hari tu. Tapi bila Madam explain sijil ni baru je dikeluarkan untuk grading yang terbaru, daddy pun iya kan je la. Dan balik rumah, buka file.. memang betul rupanya sijil ni belum pernah ambil. Hahaha.

By the way, bila Khair dah masuk Kelab Taekwondo kat sekolah rendah ni.. rasa seronok pulak bila schedule grading kerap diadakan. Maksudnya, tak perlulah Khair nak kena tunggu lama untuk achieve next level kan.

Setahun dalam 3 kali grading. So target aku untuk Khair dapatkan merah dalam 1 tahun je la lagi. Lepas hijau 2 naik ke biru 1, lepas biru 1 naik ke biru 2.. kemudian lepas biru 2 naik ke merah. Bila dah sampai merah dan nak naik ke merah hitam, itu maybe tahun depan boleh achieve la kot. Hopefully.. inshaAllah.

p.s: Pentingnya ada sijil Taekwondo ni bila satu hari tu dikatakan kena berpindah ke tempat lain, so bila pergi ke kelab Taekwondo lain.. just tunjuk sijil je untuk teruskan latihan dengan grade tali pinggang sedia ada. Tak perlu nak start dari awal balik.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *