in ,

Little Star Music, Studio Belajar Piano Di Bangi


Kalau kira congak, dah cukup 3 tahun belajar piano. Alhamdulillah, progress nampak okay bagi aku walaupun acap kali bila disuruh practice, ada je mood malas dia datang. Tapi bila aku dah ada kuasa veto dalam rumah kan.. malas tak malas, nak tak nak.. practice tetap practice. Kadang sampai kena pegang rotan pun ada. Hahaha.

Sebenarnya kerap jugak aku pesan kat Khair, generasi dia sekarang dah berbeza berbanding dulu. Sekarang budak bijak dah makin ramai.. Ya.. sangat ramai. Tapi dikalangan yang bijak pandai dan ada “additional skill“.. yang gini la susah nak cari.

That’s why, selagi aku mampu cari duit untuk bayar yuran bulanan, suka ataupun tak.. aku tetap akan hantar jugak anak-anak masuk kelas yang boleh bagi value added pada diorang. Akademik penting, skill juga penting.. Persediaan masa depan la senang cerita kan. Heee.

By the way, sembang pasal pembelajaran (muzik) piano untuk Khair ni.. beberapa hari lepas teacher Najwa ada invite Khair untuk datang studio baru dia dekat Southville. Invitation tu bukan untuk special ocasion sangat pun, tapi nak perkenalkan la tempat baru pada anak-anak murid.. dalam masa yang sama teacher nak bagi anak-anak murid test set-set piano yang dia baru setup kat studio tu, dan sambil-sambil jugak buat sesi rakaman video anak murid tengah belajar untuk dijadikan bahan promosi studio tu nanti.

Studio baru teacher Najwa tu dinamakan sebagai Little Star Music.

Kalau tanya jarak daripada rumah aku kat Bandar Baru Bangi ni, dekat jugak.. dekat Southville City tu je. Drive dalam 8-10 minit, bayar tol dalam 30 sen macam tu.. dah sampai.

Studio Little Star Music ni dekat blok B. Landmark mudah nak cari, kalau korang jumpa KFC Southville City tu, kira dah dekat sangat dah.

Depan KFC ada lorong masuk, korang masuk je dalam tu.. studio Little Star Music berada kat bangunan sebelah kiri, tingkat 1. Boleh nampak ada dinding kaca bertintedkan key piano. Kalau nak map, aku ada kongsikan map ke studio ni kat bawah entri.

By the way, disebabkan studio ni masih baru masa aku pergi semalam.. for sure la dalam studio masih banyak ruang kosong. Tak ada barang apa sangat pun.

Tapi itu tak menjadi masalah yang besar pun since barang yang wajib ada dalam studio tu dah ada. Teacher Najwa dah sediakan 10 set piano digital untuk kegunaan anak-anak murid yang nak belajar piano secara berkumpulan. Piano pulak, piano baru.. warna putih.. Nampak nice je.

Khair dan student lain berpeluang la practice guna piano tu sekejap. Main lagu-lagu simple by group ada, main solo pun ada sambil husband teacher dok merekod video.

Khair ni pulak sejenis yang suka perhatian, so bila ada yang merekod tu.. mula la nak tunjuk terer. Nasib baik masa rekod video tu tak buat banyak mistake, kalau tak “show off” awak tak menjadi. Hahaha.

So, itu je la sedikit sebanyak yang boleh aku ceritakan pasal studio Little Star Music ni. Lain-lain info seperti akses kepada kemudahan tu, aku boleh kata lokasi studio Little Star Music agak strategik dan meriah jugak.. sebabnya banyak je kedai-kedai makan, kedai mamak, pasaraya, klinik dll yang berdekatan (yang mana parent boleh jadikan tempat persinggahan sementara menunggu anak habis kelas). Even brand-brand besar macam Mr.DIY, FamilyMart pun dah masuk kat sana.

Cumanya kalau tanya aku bab yuran bulanan, aku takleh nak jawab.. sebab semalam lupa nak tanya Teacher Najwa berapa yuran bulanan untuk belajar piano secara berkumpulan ni.

Kalau untuk private class piano (1 to 1) macam Khair aku tahu la nak jawab.. RM150/bulan. tapi itu kena pergi belajar piano kat rumah teacher 4 kali sebulan. Belajar pulak pakai upright piano (exam grade).

Jadi untuk mengelakkan sebarang kesilapan info, kalau korang ataupun orang-orang Bangi berdekatan yang berminat nak hantar anak belajar piano kat studio Little Star Music .. contact je la diorang terus. Nombor phone diorang – 01154120959

Next year teacher cakap kena ambik exam ABRSM.. jeng jeng jeng..


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *