in ,

Berlatih Piano Online Guna Aplikasi Simply Piano


Salah satu rutin harian Khair waktu PKP ni adalah bermain piano. Sementara aku dikenakan arahan Work From Home, aku wajibkan ke atas Khair untuk berlatih piano at least 30 minit setiap hari supaya jari-jemari dia dapat mengingati kedudukan note-note piano.

Sebelum bermulanya PKP tempoh hari, aku ada print berpuluh-puluh piano sheet lagu mudah untuk dia buat latihan di rumah. Tapi sampai satu masa semua lagu tu dia dah pernah mainkan, nampak keinginan dia untuk bermain piano tu makin berkurang.

Untuk mengelakkan mood dia bermain piano makin kelaut, aku terpaksa cari jalan lain supaya minat dia tak terganggu. Maka dengan bantuan Google, aku terjumpa suggestion daripada beberapa blog luar negara yang recommend kan untuk cuba berikan anak-anak menggunakan aplikasi Simply Piano.

Actually aplikasi Simply Piano ni sebuah aplikasi fun learning piano yang menyediakan pembelajaran interaktif. Semacam main game, tapi sebenarnya kita sedang belajar.

Boleh create profile lebih daripada 1 untuk orang lain yang nak belajar sama. Daddy pun tumpang sekaki. Cuma tak berapa nak rajin main. Hahaha

Aku pun muat turun dan menggunakan trial version untuk tempoh 7 hari. Dari situ, nampak minat Khair makin bertambah. Sampaikan ada masa lepas satu ke dua jam berlatih piano pun, aku suruh rehat kejap.. dia tak nak. Sebab seronok bila dapat main dengan elok akan diberikan score mengikut kiraan bintang.

So, tamat tempoh trial version 7 hari.. aku discuss dengan wife untuk teruskan je subcribe penggunaan aplikasi Simply Piano ni untuk setahun terus. Well.. kalau bayar monthly agak mahal. Tapi bila bayar tahunan, harganya lebih murah. Why not cuba dulu setahun kan.

Lagi pun memang niat nak suruh Khair berlatih piano selalu pun. Dan dalam tempoh PKP yang tak tahu bila nak berkesudahan ni pun, nak attend kelas memang tak dapat dan latihan piano secara video call pun capaiannya agak terhad.

Waktu ni online dengan Teacher Najwa untuk berlatih piano.

Jadi penggunaan aplikasi Simply Piano ni, bagi pendapat aku memang akan membantu Khair untuk improve kan cara dia bermain piano.

Dan.. hari ni dah masuk ke-11 daripada bermulanya Khair bermain piano menggunakan aplikasi Simply Piano, boleh nampak improvement yang Khair dapat.

Hopefully by end of this year.. jari jemari dia tu makin laju la kan. Tak sabar nak tunggu dia fasih bermain lagu-lagu kegemaran aku. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *