in ,

Berbaloi Ke Belajar Berenang?


Ajarlah anak-anak kamu memanah, menunggang kuda dan juga berenang” kata Umar bin al-Khattab RA.

Alhamdulillah, walaupun tak berpeluang lagi nak hantar Khair belajar memanah dan juga menunggang kuda (kalau ada rezeki lebih). Tapi at least 1 daripada 3 sukan yang dianjurkan oleh sahabat Rasulullah SAW tu dapat jugak Khair belajar.

Tempoh latihan dah menjangkau 1 tahun. Mula belajar renang awal Feb 2019, dan sekarang dah hujung tahun 2019. So far boleh kata progress Khair dalam renang ni bagus malah diluar jangkaan aku sebenarnya.

Beza dengan daddy dia (yang tak pandai berenang ni), sebabnya ada ketika bila dia masuk kolam kat tempat yang dalam (kaki tak jejak), sangkaan aku dia nampak seakan nak lemas.. tapi rupa-rupanya tak. Sebenarnya dia tahu macam mana nak timbulkan diri dengan melompat-lompat dari dasar kolam untuk melonjakkan badan untuk mengambil nafas.

Dari segi kecekapan berenang pulak, walaupun masih ada beberapa teknik yang perlu diperbetulkan, tapi aku nampak keyakinan dia makin meningkat apabila kalau sebelum ni jarak berenang tu dia selalu berani main dekat-dekat je.. tapi lately dia dah berani berenang jauh-jauh tanpa coach ada disisi.

Well.. personally, rasa bangga la jugak kan bila anak dah pandai berenang. Worth every cent yang dah dibelanjakan untuk dia. Dengan kos RM70 sebulan untuk tempoh beberapa bulan, dan tempoh latihan 1 jam untuk setiap kali sesi latihan.. rasanya bila Khair jatuh dalam air dan pandai selamatkan diri, itu adalah harga yang lebih tak ternilai kan. Hee


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge