in ,

Grading Taekwondo WTF, Lulus Naik Ke Tali Pinggang Hijau 2 (Green Belt 2)


Last week 3 hb November, Khair ada grading untuk naik ke tali pinggang hijau 2. Grading kali ni buat kat dewan sekolah dia je dan semua participant kena datang awal untuk buat persediaan.

Senior yang ada, hadir untuk membantu. Mana-mana pelajar yang tak dapat nak ingat step teugeuk dengan baik, masa ni la senior akan cuba refresh balik ingatan diorang supaya dapat perform dengan elok dan tak gugup depan judge.

So bilamana sampai masa Khair kena perform teugeuk, aku nampak dia confident. Daddy je yang rasa was-was dengan kemampuan anak kot, sebab tiap-tiap minggu tanya dia dah hafal ke belum teugeuk 3.. last-last kena marah balik dengan Khair sebab rimas. Sama kes aku banyak kali tanya untuk Taekwondo Poomsae Championship bulan lepas.

Walhal aku tahu dia memang boleh buat, kalau tak takkan la dia dapat menang tempat ke-2 masa berlawan tempoh hari kan. Hohoho.

Sepanjang tempoh grading, Khair perform cantik walaupun ada ketikanya kekuda dia nampak tak berapa nak kukuh dan masa free style sparring pun dia kelihatan agak sedikit was-was.

Tapi overall, dia ingat dan tahu apa yang perlu dia buat.

Selepas seminggu grading, semalam akhirnya Khair dapat result grading.

Alhamdulillah, dia dapat naik ke hijau 2. Nampaknya berkat tak kerap ponteng training membuahkan hasil. Hahaha. Untuk hijau 2 tiada penukaran tali pinggang baru, cuma untuk membezakan level.. hijau 2 diberikan badge no.2 yang perlu dijahit pada tali pinggang.

Fuh.. lepas ni kena belajar teugeuk 4 pulak. Berbeza dengan teugeuk sebelumnya, teugeuk 4 ni ada 20 steps yang kena ingat. Bukan kemain lagi happynya. Habis kelas, tak sabar nak balik rumah tunjuk kat semua orang yang dia dah lulus grading. Hahaha.


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge