in ,

Kelas Renang – Belajar Teknik Apungkan Diri Pula


Dalam banyak-banyak teknik renang, yang aku nak sangat tengok Khair belajar iaitu teknik apungkan diri dalam air. Entahlah.. bagi aku teknik ni macam satu teknik yang wajib Khair kena belajar. Selagi aku tak dapat tengok coach ajar Khair, aku jadi semacam tak puas hati.

Tapi.. Alhamdulilah. Semalam merupakan waktu yang ditunggu-tunggu. Selepas setahun join kelas renang, coach akhirnya ajar jugak teknik apungkan diri dalam air pada Khair dan kawan-kawan dia. Maybe sebelum ni coach tak ajar sebab Khair belum dapat kuasai teknik asas kot.

Lagipun berdasarkan pemerhatian, nak apungkan diri ni melibatkan pengawalan nafas dan juga kaki dan tangan serentak. Aku rasa macam aku ni kalau jenis yang memang tak reti berenang langsung dan tiba-tiba kena belajar cara nak apungkan diri ni.. mahu nya cramp kaki dan tangan. Hahaha.

Coach kata.. masa nak apungkan diri, kaki dan tangan kena selalu gerakkan untuk tolakkan badan ke atas permukaan. Manakala untuk pernafasan pula, kena jaga nafas (kalau nak hembus nafas, hembus laju-laju kemudian tarik dan tahan nafas semula cepat-cepat sebab udara dalam paru-paru akan bertindak seperti pelampung).

By the way, semalam lepas beberapa percubaan untuk Khair praktikkan apa yang coach ajar.. nampaknya dia berjaya apungkan diri dalam 10-15 saat. Serius weh.. feeling dia bila anak dah pandai apungkan diri ni.. terasa macam relief gila. Dalam hati.. Yes! Anak aku dah pandai berenang (walaupun belum lagi pandai yang betul-betul pandai. Banyak lagi benda yang kena belajar dan betulkan tu).. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *