in ,

Dah Stop Practice Piano Ke?


Dah sunyi blog aku pasal piano Khair. Jangan risau, piano tu tak terbiar macam tu je. Masih lagi aktif digunakan setiap minggu. Dengan kuasa veto yang ada pada aku, Khair akur je arahan aku untuk practice hampir setiap hari kecuali hari-hari yang aku malas tanya, dia buat diam. Hahaha.

Sepanjang tempoh tak ada cerita-cerita baru pasal dia practice piano kat blog ni, banyak jugak lagu-lagu baru yang dia dah tau main. Yang buatkan aku kagum, Khair sekarang dah makin cekap untuk tukar-tukar tekan not pada piano dan sekarang ni ada ketika yang dia dah tak perlu nak pandang-pandang not piano tiap kali nak tekan. Dah boleh ingat.

So untuk tunjuk improvement yang dia dah berjaya capai, aku share beberapa video untuk tatapan korang.

Actually video-video ni aku ada je upload kat Facebook aku ataupun personal Instagram dia.
Kalau korang rajin, jenguk-jenguk la ye. Takpun follow Instagram dia – Instagram Hasif Khair, sebab hari tu dia merungut follower dia sikit. Hahaha

p.s: Nak start main piano tak perlu piano mahal-mahal, beli piano murah pun dah mencukupi – Portable Electric Piano


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.