in ,

Dah Join Kelas Sparring Taekwondo


Semalam official day masuk kelas sparring, additional class untuk taekwondo Khair yang mengkhususkan tentang training sparring pulak. Kalau training dekat sekolah tu lebih kepada belajar pattern teugeuk Taekwondo, tapi sparring ni belajar cara nak berlawan.

Awalnya Khair macam cuak-cuak. Masuk je tempat training, diam membisu. Tanya satu jawab satu, muka tak senyum langsung. Suruh senyum nak ambil gambar baru senyum. Hahaha.

Tapi dia punya cuak tu understandable, sebab manakan tak cuak bila orang lain semua pakai protection gear.. ada shin guard, ada arm guard. Tapi dia.. tak ada apa-apa. Sebab protection gear (sparring set) yang aku dah order kat Shopee belum sampai. Hahaha.

Nak beli dengan master pulak bukan dapat on the spot, kena tunggu order jugak. So berbekalkan “perisai badan”, dia pun redha je join training.

Walaubagaimanapun, tanpa protection gear semalam bukan bermakna dia tak enjoy training. Lepas habis training tu je, aku tanya terus..

“Okay ke tak abang buat training?”

Dan dia jawab, okay. Dia suka meskipun dari luar tempat training tu masa aku menunggu, ada dengar master tinggi suara marah orang yang buat salah.. dan macam ada suara yang menangis. Katanya, yang kena marah tu orang lain.. dia buat betul. Nasib baik. Hehehe.

Nota: Protection gear (sparring set) ni kalau beli kat kedai harganya mahal sikit, tapi mudah sebab boleh dapat on the spot. Macam aku, sanggup tunggu.. beli online harga, harga below RM200 pun dah boleh dapat full set sekali head guard.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge