in ,

ASUS RT-AC1300UHP, Router Mid-Range Untuk Kegunaan Unifi Turbo


Oh yeah. Hari ni berpeluang untuk test drive router baru, ASUS RT-AC1300UHP. Router ini hadir dengan fungsi dual band, 2.4Ghz dan juga 5Ghz. Of course percubaan aku menggunakan router ini adalah untuk mengetahui sejauh mana kemampuannya yang dikategorikan sebagai mid-range router untuk support Unifi Turbo 500Mbps aku.

Kalau ikutkan spesifikasi, router ASUS RT-AC1300UHP ini menyokong fungsi MU-MIMO (singkatan bagi teknologi Multi-user, multiple-input, multiple-output – untuk membolehkan router menyambungkan WiFi kepada sebilangan peranti secara serentak tanpa gangguan kelajuan) dan satu kelebihannya berbanding router dual band D-Link AC1200 DIR-842L yang pernah aku ceritakan sebelum ini, dimana router ASUS ini ada tambahan 1 port USB 3.0 untuk kegunaan pindahan fail yang pantas.

Dibelakang router ASUS RT-AC1300UHP ini pula, ketersediaan port LAN-nya lebih kurang sama dengan router ASUS RT-N12HP iaitu terdapat 4 port Gigabit Ethernet, dimana ianya sangat bersesuaian untuk menyokong mana-mana pakej Unifi yang berkelajuan lebih daripada 100Mbps, selain ia turut didatangkan bersama 4 batang high gain antenna yang difahamkan mampu memberikan liputan internet yang lebih jauh – antena ini sedia terpasang dan tidak boleh dicabut.

Cara untuk setup Router ASUS RT-AC1300UHP

Proses pemasangan router ASUS RT-AC1300UHP ini jika dibandingkan dengan router D-Link DIR-842L adalah lebih mudah dan melalui pengalaman aku membuat tetapan, ianya langsung tak mengelirukan meskipun sekiranya pemasangan dilakukan oleh seseorang yang bukan didalam bidang networking. Ini kerana Setup Wizard yang tersedia disertakan dengan arahan yang straight forward dan jelas.

Untuk memasangnya, sudah tentu korang memerlukan sebuah laptop atau PC yang boleh disambungkan kepada kabel ethernet, dan cara-cara untuk pemasangan korang boleh rujuk tutorial dibawah:

  1. Cucuk power adapter dibahagian belakang router dan hidupkan dengan menekan butang ON (juga dibahagian belakang).
  2. Sambungkan kabel WAN (kuning) daripada modem ke port dibelakang router (yang juga berwarna kuning).
  3. Menggunakan satu lagi kabel (aku pakai yang kelabu), cucukkan kabel tersebut kedalam port LAN bernombor (1) dibelakang router dan seterusnya sambungkan ia kepada laptop/pc korang.
  4. Setelah disambungkan kepada laptop/pc korang, gunakan browser untuk log masuk ke laman utama router ASUS korang menggunakan alamat URL ini – 192.168.1.1Untuk penggunaan kali pertama, secara default tiada kata laluan ditetapkan. Jadi, disini korang perlu tetapkan kata laluan terlebih dahulu.
  5. Seterusnya pilih jenis sambungan internet yang dibekalkan oleh ISP – Pilih Yes, my internet connection type is PPPoE, L2TP or PPTP. Ini kerana pengguna Unifi menggunakan sambungan internet yang perlu dimasukkan username dan password.
  6. Selepas korang memilih “Yes” dan “Next”, akan terpampang satu drop down box disebelah kanan yang memerlukan korang memilih ISP Profile. Pilih Unifi-Home sekiranya korang menggunakan akaun Unifi persendirian.Dan dibahagian tengah, masukkan ISP username dan password yang dibekalkan oleh TM. Tapi sekiranya korang terlupa, boleh je dail TM melalui talian 100 yang beroperasi 24 jam untuk dapatkan detail tersebut.
  7. Pada bahagian “Wireless Setting” pula, ini adalah bagi menetapkan nama rangkaian WiFi serta password yang ingin digunakan. Terdapat dua pilihan yang perlu diisi, iaitu pada rangkaian 2.4Ghz dan juga 5Ghz. Korang boleh isi apa-apa nama dan password yang ingin digunakan, kemudian klik “Apply”.Nota: Rangkaian WiFi 2.4Ghz adalah untuk sambungan WiFi yang mempunyai kelajuan 100Mbps. Rangkaian WiFi 5Ghz adalah untuk sambungan WiFi yang mempunyai kelajuan melebihi 100Mbps.
  8. Akhir sekali sekali, ringkasan mengenai tetapan yang telah dimasukkan oleh korang ditunjukkan. Jika tiada perubahan perlu dilakukan, klik “Complete”.

Sejurus butang Complete ditekan, tetapan akan disimpan dan korang perlu membiarkan router dalam masa beberapa minit kerana selepas semuanya selesai, router akan reboot (dihidupkan semula) secara automatik.

Prestasi router ASUS RT-AC1300UHP

Berdasarkan pengalaman menggunakan router ini buat seketika waktu, dapat dilihat sambungan WiFI menggunakan router ini lebih stabil berbanding D-Link AC1200 DIR-842. Jika sebelum ini kelajuan WiFI didalam bilik agak on-off sekiranya menggunakan frekuensi 5Ghz, tapi masalah itu dapat diatasi dengan penggunaan frekuensi yang sama bagi ASUS RT-AC1300UHP. Mungkin kerana kewujudan high gain antenna yang dikatakan lebih kuat berbanding biasa, malah dalam ujian WiFi berdekatan dengan router itu sendiri juga memberikan result yang lebih meyakinkan.

5Ghz speed test – 509.6Mbps untuk pakej Unifi Turbo 500Mbps. Itu sudah melebihi had yang diberikan TM kan? Hohoho.
2.4Ghz speed test

Dikalangan router yang berada didalam kelas mid-range, ASUS RT-AC1300UHP didatangkan dengan spesifikasi yang agak baik, dan harganya juga sekitar RM400+ boleh dikatakan harga yang mampu milik bagi mereka yang mementingkan prestasi yang optimum. Namun sekiranya korang inginkan harga yang lebih murah, aku sarankan beli melalui online sahaja. Cuma, kalau beli online ni hati-hati lah ye. Takut kena scam.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *