in ,

Kelas Renang, Belajar Frog Kick.. Tendangan Katak?


Teman Khair pergi kelas renang minggu lepas, dari tepi kolam tu boleh nampak dan dengar coach dia tengah nak mengajar satu teknik renang baru, breaststroke pulak. Tapi sebelum ajar breaststroke tu, coach dia kena ajar frog kick dulu. Yang mana frog kick ni berdasarkan bacaan aku kat Google, ia adalah satu teknik gerakan kaki yang perlu dimahirkan untuk berenang breaststroke.

Haaa.. Yang aku nak ceritakan kat sini, ingatkan nak belajar teknik frog kick tu senang je sebab nampak perenang dok kuak-kuak kaki dalam air. Tapi, rupa-rupanya nak kuak-kuak kaki tu pun kena ikut step yang betul. Step yang dimaksudkan, aku dengar coach tu sebut B-B-T (Bengkok-Buka-Tutup).

Yang mana B yang pertama tu.. Kaki rapat dua-dua dan bengkok macam kita nak duduk mencangkung (tapi bukan betul-betul punya cangkung.. ala macam duduk nak buat squat tu.. kaki membentuk L 90 darjah).

Lepas dah bengkokkan kaki tu, untuk B kedua.. buka kaki (kangkang kan).

Kemudian, untuk T.. tutup (rapatkan kaki) dengan meluruskan kaki laju-laju serentak.

So bila dah tutup kaki nanti, perenang akan melonjak ke depan.

Haa.. faham tak? Aku harap korang faham. Sebab kalau tak faham, lantak korang lah.. aku tak tahu dah nak fikir ayat bagi korang faham. Hahaha. Untuk gambaran mudah, macam gambar Google ni.

sumber swim-teach.com

By the way, untuk frog kick ni.. personally sebagai pemerhati setia, aku rasa kan frog kick ni macam lagi mudah nak dimahirkan compare dengan belajar teknik tendangan untuk berenang freestyle. Sebab berenang freestyle stroke ni, kaki nak kena synchronize dengan tangan, kepala dan mulut bagai. Susah sikit nak ingat.

Tapi tu la.. walaupun aku nampak frog kick ni kelihatan senang, tapi sebenarnya ia adalah permulaan kepada teknik breaststroke.

So mudah ke tak mudah sebenarnya, nanti aku cerita lain macam mana jadinya bila Khair dah mula kena belajar ambil nafas untuk teknik breaststroke ni.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge