in ,

Grading Taekwondo Junior Black Belt (1st Poom/Dan


Dah lama rupanya tak update pasal taekwondo Khair. Start PKP dulu, terus hilang dari radar je kan. Hohoho. Bukan tak nak cerita, tapi tu la.. macam banyak benda nak kena urus.. asyik delay.. sampai la dah bertahun tak update pasal taekwondo. Padahal anak pergi je training.

Khair sampai dah masuk tali pinggang merah 2 (1st Grade) dah pun. Last entri dalam blog cerita pasal taekwondo dia, masa dapat tali pinggang hijau 2 (5th Grade). Nampak tak lama terabai.. Dah ter-skip perjalanan grading tali pinggang biru 1 (4th Grade), biru 2 (3rd Grade), merah 1 (2nd Grade) dan merah 2 (1st Grade). Hahaha.

So bila mood blog dah kembali ni.. teruskan je la menaip cepat-cepat. Cerita dah rompong kat tengah jalan pun layan kan je la. At least ada la jugak, daripada tak ada. Hehehe.

By the way, semalam Khair baru je selesai ambik grading untuk naik ke tali pinggang merah hitam @ junior black belt (1st Poom/Dan).. Untuk grading kali ni prosesnya agak berbeza sebab bukan saja yuran grading agak tinggi (kena bayor RM300 kauuu), tapi semasa proses grading dijalankan.. dia kena perform banyak benda.

Antara steps/teknik yang dia kena perform depan grand master masa grading dijalankan termasuklah.. punch & kick steps, hafal Taegeuk 7 – Chiljang dan Taegeuk 8 – Paljang, Step sparring, Free sparring, dan paling best nak tengok.. calon-calon grading kena pecahkan 3 keping papan (1 papan kena pecahkan pakai tangan, 2 papan kena pecahkan pakai kaki.. sidekick whatsoever, aku lupa nama).

Nak dijadikan cerita.. Mujurlah jugak semalam calon grading tak ramai sangat, so lepas menunggu sejam.. giliran Khair pun tiba.

Secara overall-nya, dia hafal je semua step Taegeuk tu, step sparring pun takde masalah (daddy & ibu punya la risau takut lupa step, hari-hari suruh practice kat rumah nak tengok ingat ke tak).

Cuma masa pecahkan papan tu je kacau sikit.. sebab time nak kena pecahkan pakai kaki, ada yang kena repeat 2 kali sebab tersalah aim dan papan tak pecah. Tapi mujurlah lepas repeat sepak tu, papan pecah jugak. Hohoho.

Habis grading tanya dia, papan tu keras ke.. dia cakap keras. Sakit tangan. Pastu daddy cakap takpe lah, sekali sekala je. Bukan selalu pun. Pasni minum susu banyak-banyak lagi, bagi tulang keras. Takde kena mengena. Hahaha

Lepas dah habis grading, kitorang terus balik je.. malas nak tengok orang lain sebab Haziq dok bising nak pergi kedai suruh cari Hotwheels pulak. So lepas ni.. tak ada apa dah. Tunggu result je la. Maybe next week la kot tau dapat naik tali pinggang merah hitam @ junior black belt (1st Poom/Dan) ke tidak. Tapi personally, daddy rasa tak ada masalah pun tu. Boleh dapatlah.. Khair power kot. Cewahh.

Nota: InshaAllah.. untuk tali pinggang merah hitam @ junior black belt (1st Poom/Dan) nanti Khair akan dapat tali pinggang merah hitam yang dah ada sulaman nama sendiri. Fuyyohhh


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *