Yeah.. Hari ni nak cerita pasal percutian kitorang baru-baru ni di Lost World of Tambun, Ipoh. Tapi sebelum tu aku nak bagitahu dulu 2 benda penting yang perlu korang tahu. Pertama, please take note bahawa LWOT ni tutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti umum ataupun cuti sekolah.
Yang kedua pulak, kalau korang tengah survey mana-mana taman tema dalam Malaysia ni.. Aku nasihatkan jangan terlalu percaya pendapat peribadi orang lain. Sebab bagi aku, personal experience is the best. Maksudnya, korang kena pergi diri sendiri dulu sesuatu tempat tu untuk feel the excitement. Baru tahu best ke tak best. Bak kata pepatah.. tak kenal maka tak cinta. Hehehe.
Okay, bercerita tentang Lost World of Tambun ataupun singkatannya LWOT ni.. actually aku dan wife memang dah plan untuk bawak Khair dan Haziq untuk bercuti kat sini lama dah. Plan tu pulak memang sengaja kitorang pilih weekdays (bukan dalam musim cuti sekolah), sebab nak elak daripada bertembung dengan ramai orang.
Jadi Isnin kelmarin bila tibanya hari untuk kitorang ke LWOT, sesudah sampai je kat sana.. memang bersyukur sangat. Sebab apa yang kitorang rancang memang menjadi. Keadaan kat sana sungguh tenang tanpa dibanjiri dengan pengunjung-pengunjung yang ramai. So bila orang tak ramai, nak beratur tiket pun tak perlu nak beratur panjang-panjang. Yeay.. mission accomplished. Hehehe.
Tapi.. tapi.. sebelum kitorang masuk ke dalam taman tema LWOT tu. Kitorang check-in Lost World Hotel dulu dalam jam 12.00 tengahari macam tu. Kitorang minta dengan receptionist untuk check-in awal sebab nak simpan segala benda yang penuh dalam kereta, dan dalam jam 2.00 petang lepas Zohor macam tu baru kitorang bergerak masuk ke dalam theme park.
Best ke Lost World Hotel?
For info, lokasi Lost World Hotel ni bertentangan je dengan taman tema LWOT. Jadi, bagi memudahkan dan untuk mengelakkan nak kena alih kereta 2-3 kali.. aku nasihatkan korang terus park je la kereta korang tu dekat ruang parkir hotel. Kemudian bila nak masuk ke dalam LWOT, jalan kaki je.
So far, kalau ikutkan pengalaman kitorang berjalan kaki tu.. 5 minit dah sampai dah. Melainkan kalau korang merangkak atau berguling.. yang tu maybe lambat sikit la sampai. Hahaha.
Dan kelebihan parking kat hotel ni pun sebab ianya adalah percuma. Berbeza kalau korang masuk parking dalam kawasan LWOT, yang tu kena bayar RM1.00 per entry.
By the way penginapan kitorang di Lost World Hotel ni, kitorang just ambil Classical Room. Dimana bilik ini disediakan dengan 1 king bed, 1 bilik mandi yang attached dengan toilet, 1 meja penjang dan juga 1 wardrobe besar.
Bath tub? Sorry tak ada. Tapi kalau difikirkan logik pun, buat apa lagi nak ada bath tub kan. Sebab kalau nak mandi pun, baik mandi dalam taman tema je.. lagi best.. kan? kan? betul tak?
Dan bila kitorang dah check-in, dapat akses kad bilik.. Buka je pintu bilik. Tadaaa!
Semuanya tersusun rapi dengan segala kemudahan dalam bilik kelihatan baru dan bersih.
Dan untuk bagi Khair tidur selesa, kitorang ambil 1 extra bed. Extra bed ni adalah katil portable, yang mana bila ada customer request baru pihak hotel akan hantar pekerja untuk tolak katil tu masuk dalam bilik.
Anak-anak aku suka weh.. melompat-lompat diorang. Actually, aku pun suka jugak dan wife aku, senyum sampai ke telinga. Hehehe. Pendek kata segala yang berkenaan dengan Lost World Hotel ni above expectation kitorang. Termasuklah servis front desk, doorman dan room service yang mesra pengunjung.
Pssstt.. dalam banyak-banyak benda kat Lost World Hotel ni, antara yang aku paling suka jugak adalah signage dilarang merokok dalam bilik. Siapa yang kantoi merokok dalam bilik kena bayar denda. Setuju!!! Hahaha.
Bermain dan bermandi-manda di Lost World of Tambun
Apabila jam mula menunjukkan jam 2.00 petang, anak-anak aku mula dah ketar kepala. Masing-masing tak sabar nak masuk dalam taman tema LWOT. Dan disebabkan aku awal-awal lagi dah take note apabila masuk dalam LWOT nanti akan ada banyak tempat nak mandi-manda.. maka kedua-duanya aku terus pakaikan swimming suit, supaya nanti bila diorang nampak je tempat mandi terus boleh masuk terjun.
Manakala untuk diri aku sendiri pulak, cukup sekadar pakai jersi dan tracksuit je. Sebab nanti kalau pakai swimming suit, takut ada yang tergoda pulak. Kahkahkah.
Main entrance Lost World of Tambun, kat sini port wajib wefie ye guys. Untuk kenangan lah katakan.
Bila dah masuk ke dalam LWOT ni, jangan lupa untuk lalu kat bawah pintu gerbang kecil yang keluar air ni.. dan bila dah melepasi pintu gerbang tu, maka korang akan sampai lah kat Sandy Bay. Tadaaa!
Kat sini lebih kurang macam Sunway Lagoon, iaitu pantai buatan manusia. Tapi bila namanya pantai, korang jangan la expect air tu masin macam air laut. Kalau nak masin jugak, just bayangkan dalam kepala je la bahawa korang masa tu tengah mandi laut. Hehehe.
Selain daripada Sandy Bay ni, kalau korang nak bawak anak kecil main air kat tempat yang lebih selamat dan “child friendly” pun ada je. Sebelah Sandy Bay ni ada Kid’s Explorabay.
Air paling dalam pun takat paras betis dewasa je dan yang paling best kat sini untuk kanak-kanak, ada papan gelungsur. So kalau korang yang bawak anak-anak, for sure tempat ni akan jadi tempat yang paling lama korang akan melekat. Anak-anak kan suka main air.
Maka, pandai-pandai la pujuk anak sendiri dan adjust timing kalau korang nak pusing habis seluruh LWOT ni. Sebab keluasan LWOT ni agak besar jugak. Macam kes aku yang masuk pun dah tengahari, terkejar-kejar nak habiskan semua tempat. Tu pun ada gak tempat yang terpaksa skip. Hohoho.
Dan sementara menunggu anak-anak korang habis mandi, kalau korang bosan atau nak cari makanan.. boleh je pergi food court yang bersebelahan dengan Kid’s Explorabay tu. Macam-macam jenis makanan ada.
Khair cakap spaghetti carbonara kat sini sedap.
Seterusnya, bila dah dapat pujuk anak naik daripada tempat mandi nanti, macam kitorang terus masuk ke Amusement Park dimana kat situ ada permainan Dragon Flights (duduk atas kerusi tergantung yang kemudiannya berpusing tu), Giddy Galleon (lebih kurang macam Dragon Flights, cumanya kerusi diganti dengan kapal kecik.. boleh naik 2 orang), Stormrider (kapal yang berhayun) dan Adventure Express (kuda yang pusing-pusing).
Tapi perlu dimaklumkan ye, untuk bermain kat sini.. anak-anak kena capai ketinggian minimum 90cm. Sebabnya kalau rendah dari ketinggian minimum macam si Haziq ni, diorang tak bagi naik. Risiko tinggi katanya. Alahai.. Kesian Haziq kena tengok je dari jauh. Hohoho.
Sama jugak dekat Lupe’s Adventure, iaitu permainan roller coaster yang memerlukan pengunjung untuk mencapai had ketinggian minima 90cm. Maka disebabkan Haziq tak boleh nak naik, terpaksa lah aku je yang melayan Khair naik roller coaster ni.
Sejujurnya kalau korang tanya aku tahap “ke-ngeri-an” roller coaster Lupe’s Adventure ni, bagi aku level dia level-level tadika je. Aku pernah naik roller coaster yang lagi menakutkan daripada ni. Dan bagi membuktikan roller coaster ni tak berapa nak ngeri untuk aku, ni haa footage yang aku rakamkan. Untuk kanak-kanak memang diorang enjoy.
Pertunjukan haiwan dan aktiviti mendulang
Tarikan lain selain permainan-permainan di Amusement Park, kitorang sempat juga menonton Tiger Show dimana pada masa yang sama ada jugak haiwan-haiwan lain yang turut berkongsi pentas untuk buat pertunjukan masing-masing.
Ada chicken run, ada racoon, ada burung merpati. Seronok jugak lah.
Dan bila dah habis tengok Tiger Show, kitorang menapak pulak ke Tin Valley untuk melihat sendiri macam mana orang dulu-dulu mendulang untuk mendapatkan bijih timah dengan cara tradisional. Dekat sini wife dan Khair berkesempatan untuk cuba sendiri aktiviti mendulang ni untuk dapatkan bijih.
Bila dah dapat bijih timah, baru lah kitorang tahu yang mana bijih timah yang diperolehi ini sebenarnya digunakan untuk membuat bahan yang dipanggil Amalgams untuk menutup gigi yang berlubang.
Haa.. Korang pernah tak kena tampal gigi macam dalam gambar tu? Ya.. itulah dia salah satu kegunaan bijih timah ni. Hehehe.
Habis mendulang, kitorang proceed untuk masuk ke Hippo Kingdom. Yang mana di sini terdapat haiwan-haiwan liar seperti badak sumbu yang seronok berendam dalam kolam besar yang jernih airnya. Berhampirannya terdapat sekumpulan burung flamingo merah jambu yang cantik warnanya.
Terdapat jugak sepasang dubuk yang bila dilihat secara dekat agak mengerikan.
Sekawan rusa yang kekenyangan.
Kolam bawah tanah. Kat sini sepatutnya boleh nampak buaya berendam dalam air, tapi sayangnya buaya tengah berjemur kat atas. So, nampak ikan je la. Hohoho
Dan ada satu tempat dimana ia mengumpulkan sekumpulan haiwan dari padang pasir seperti zirafah, burung unta, burung emu dan unta.
Secara jujurnya kitorang tak sangka pulak kawasan taman tema LWOT ni macam zoo. Itu belum lagi dengan wujudnya petting zoo yang tak sempat kitorang masuk, sebab Khair dah tak sabar nak sambung mandi. Hohoho.
Hilangkan lenguh-lenguh badan di Hot Spring Lost World
Bila dah penat pusing satu taman tema, akhirnya kitorang tiba di penghujung jalan. Kalau masa mula-mula masuk tadi mandi air yang suhunya biasa-biasa. Tapi bila dah hujung-hujung ni, kitorang masuk dalam kolam air panas pulak.
Untuk makluman, ada pelbagai jenis kolam air panas yang disediakan. Yang suam-suam kuku ada, yang masuk rasa macam nak jadi telur separuh masak pun ada. Dan jangan pulak korang pelik, kolam air panas pun ada air terjun.
Aku tak tahu la macam mana diorang buat, tapi seriously mandi air terjun ni memang best. Sampaikan ada seorang uncle tu dari mula-mula aku sampai hinggalah aku nak gerak balik ke hotel pun, dia memang tak gerak dari tempat air. Maybe sebab selesa sangat dan sedap kot bila air tu jatuh kena badan, semacam ada orang urut. Hahaha.
Jadi, setakat tu je la cerita aku mengenai aktiviti kitorang di LWOT ni. Sebabnya bila dah habis mandi hot spring petang tu pun, kitorang dah nak gerak balik masuk bilik hotel. Untuk rileks kan otot dulu sementara hujan reda (siap ada petir guruh bagai).
Dalam next entri aku akan sambung lagi cerita kitorang bermandi manda di kolam Hotspring. Dan tak dilupakan juga, aku akan share pengalaman menonton night performance (orang main api) yang mendebarkan. Best oooo.
By the way, untuk sebarang maklumat lanjut mengenai LWOT, korang boleh layari laman web LWOT di www.sunwaylostworldoftambun.com. Ataupun jika tak nak terlepas pandang untuk mengetahui promosi-promosi terkini LWOT, boleh ikuti laman sosial mereka di:
www.facebook.com/lostworldoftambun
www.twitter.com/lwotmalaysia
www.instagram.com/sunwaylostworldoftambun
No.telefon LWOT: 05-5428888
No.telefon Lost World Hotel: 05-5408888
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my
Fullamak…!! Kita lak yang sama teruja nengok. Serius rasa nak terus book stay LWOT ni, masuk main dalam ni berjimba bersama anak² family.
Memang best LWOT ni. Tapi tak main semua lagi sebab anak duk nak berendam je.
aku yang ada dekat ni pun tak pegi lagi.
haha
huh.. apa maksud ko dengan perkataan dekat tu? Ko dah pindah perak ke?
next bucket list, LWOT! Puas betul kalau dalam ni je seharian. haha. tunggu anak besar sikit
Boleh ker book hotel tambun guna trivago or booking.com ?
Boleh. biasanya kat sana lagi murah
macam mana dengan kiraan tiket pulak ? satu harga tiket boleh main semua ker ?
Penerangan yang sangat menarik. Terima kasih.
Harga hotel LWOT basah kepala eh..
Makanan kt dlm tu harga mahal x? Dah lama xpegi wlupn dekat.
makan2 dalam tu harga standard mana2 theme park