Actually sejak Disember tahun lepas aku dah hantar Khair sambung balik kelas renang. Lepas beberapa bulan hold disebabkan risau dengan Covid19, sekarang secara perlahan-lahan aku untuk terima kenyataan bahawa sama ada kita nak ataupun tak, kita kena jugak hidup dengan virus Covid19 yang boleh berada dimana-mana je disekeliling kita.
Lagipun kalau dibandingkan dengan sesi persekolahan yang dibuka secara fizikal, personally bagi aku kelas renang ni lebih berisiko rendah untuk terkena jangkitan Covid kerana disamping sesi latihan renang dilakukan dikawasan yang terbuka, penggunaan klorin didalam kolam juga secara tak langsung dikatakan mampu nyah aktifkan virus Covid 19 ini – sumber utusan.com.my
So bila dah sambung balik kelas renang apa jadi?
Secara jujurnya memang tak dapat dinafikan lah bila dah lama sangat “bercuti” ni anak-anak akan terlupa skill renang masing-masing. Kalau tak lupa pun, paling kurang stamina anak-anak mesti akan drop.
Ye la.. bila sepanjang PKP kerja makan je non stop. Exercise pun tak. Maka bila berat badan dah naik ni.. mula lah berenang kejap, nak kena berhenti ambik nafas. Sambung berenang lagi, berhenti ambik nafas lagi. Nafas dah jadi pendek.
Contoh Khair sendiri.. Berenang cross pool sebelum ni boleh je dia berenang sampai ke hujung dengan sekali stop ambil nafas. Tapi sekarang bila dah tak ada stamina.. nak kena stop 2-3 kali baru dapat berenang sampai ke hujung pool. Hahaha.
Tapi walaupun begitu, stamina ni sesuatu benda yang digilap. Lepas few classes, inshaAllah stamina boleh kembali pulih macam biasa. Case study, Khair sendiri.. lepas sebulan lebih sambung training balik.. katanya dah tak pancit dah. Coach pun pulak dah naikkan level dia ke group “blue 2” dah.
Maksudnya dalam group blue 2 ni, training dah makin advance. Coach akan refine balik teknik-teknik renang yang dah pernah diajar. Contoh dalam freestyle swimming; teknik hand entry yang lebih kemas diajar. Bila nak kena bend tangan, bila nak ambil nafas supaya renangan jadi lebih smooth dan laju. Skill nak apungkan diri pun bila dah masuk level ni nampak anak-anak lebih rileks.
Cumanya bila dah bertukar ke group yang lebih advance ni, penat dia tu lebih sikit la. Teringat aku lepas habis training minggu lepas, Khair kata “Hari ni paling banyak guna tenaga”. Hahaha.
Penat awal2 ni tak pe bang..nanti lagi power!