in ,

Piano Sheet Lagu-Lagu Mudah Untuk Latihan Di Rumah


Untuk permulaan aku cuba tetapkan masa Khair practice piano at least 15 minit setiap hari. Kalau weekdays, aku cuba selitkan masa lepas Isyak bila dia dah dinner dan selesaikan kerja-kerja sekolah (kalau ada). Bukan apa, target untuk mahirkan jari jemari dia disamping nak dia ingat juga kedudukan 88 key yang ada kat piano tu.

Sebelum ni aku kerap suruh dia practice dengan merujuk kepada buku latihan yang dia selalu guna waktu pergi kelas piano. Tapi hari ni aku terjumpa satu website yang agak menarik bilamana aku boleh muat turun piano sheet lagu-lagu mengikut level skill piano tanpa dikenakan bayaran.

Pantang kalau aku jumpa benda-benda free ni, laju je tangan buat kerja. Hahaha. Dan hasilnya, ni haa dia..

Berpuluh helaian piano sheet untuk 99 jenis lagu level pre staff dan level 1 dah aku print out. So lepas ni aku nak Khair khatamkan semua. Main satu per satu lagu tu sampai lancar. Kiranya, selain kelas.. kat rumah pun dia ada practice sendiri la kan. Kejamnya daddy. Itu belum masuk level 2, 3, intermediate and advanced level. Hohoho.

Piano sheet tu kalau korang nak, korang boleh usha kat web pianosongdownload.com.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published.