Semalam kelas piano Khair cancel last minute sebab teacher yang mengajar dia ada urusan penting. Disebabkan itu aku decide untuk biar je Khair practice piano kat rumah sebab piano memang dah ada sejak minggu lepas.
Actually nak suruh Khair practice ni tak ada la sampai aku nak mengajar macam teacher piano dia mengajar, cuma aku suruh Khair buka sendiri buku latihan piano, biar dia pilih lagu mana yang dia nak main, kemudian ulang main sampai lagu tu kedengaran lancar dan okay.
Pada mulanya selepas dia practice 10 minit gitu, dia dah mula bagi alasan penat. Ceh.. drama betul.
Maka untuk counter masalah “malas” ni, aku pun keluarkan la telefon.. aku cakap nak rakam video.
Khair kalau bab-bab rakam video, dia laju je dan dipendekkan cerita selepas video dirakamkan, aku play balik video tu bagi dia lihat dan dengar. After few seconds bila dia tengok video tu dia main tersangkut-sangkut. Dia jadi tak puas hati.
Yes.. umpan aku mengena. Saja aku pancing dia dengan menunjukkan video tu bahawa lagu yang dimainkan tu nampak sumbang benor. Mendidik kaedah psikologi gitew… Hahaha.
Akhirnya daripada dia repeat main lagu tu 1 kali.. masuk kali ke-2.. repeat lagi kali ke-3.. ke-4.. ke-5.. Hinggalah aku perasan jam kat dinding dah menunjukkan dia ulang main lagu tu dalam 15 minit, aku pun mencelah..
Aku kata.. Okay la tu abang. Dah okay dah. Lalu aku tunjukkan video terakhir yang aku rakam. Dan memang video tu better daripada percubaan pertama dia practice tadi.
So.. boleh kata misi untuk dia practice piano malam tadi berjaya la. Esok-esok kalau aku nak dia practice lagi, aku suruh dia main lagu lain pulak. Nak paksa sangat tak boleh jugak, takut dia hilang mood terus taknak main, so terpaksa guna kaedah psikologi untuk lembutkan hati dia. Heee