in

Western Food Di Big Brother Bangi


Cerita makan-makan di Bangi Gateway lagi. Kali ini restoran pilihan ialah Big Brother.

Big Brother Bangi Gateway

Actually kalau diikutkan hati, dah lama nak pergi menjamu selera disini, tapi baru sekarang terlintas di hati untuk jejakkan kaki.

Okay, tema pilihan restoran Big Brother ini ialah western food.

Dari apa yang dilihat pada menu, kesemuanya adalah menu-menu barat yang aku rasakan boleh didapati di restoran-restoran western food yang lain.

Dan oleh kerana ketika aku sampai kesini rasa seperti mengidam nak makan daging, jadi aku telah memesan Steer Back Ribs. Manakala isteri pula dengan menu kesukaannya Seafood Marinara Spaghetti.

First impression, portion yang disajikan agak besar sehinggakan aku merasa agak bernasib baik kerana tidak terlebih order. Kalau tidak, sah-sah takkan habis.

Hafiz Rahim-Big Brother Bangi Gateway
Yummy!!

Dari segi rasa pula, aku berikan 4 1/2 bintang bagi Seafood Marinara Spaghetti dan 4 bintang bagi Steer Back Ribs.

Big Brother Bangi Gateway-Seafood Marinara Spaghetti
Seafood Marinara Spaghetti

Seafood Marinara Spaghetti, cukup dari segi rasa masam masin manis. Kuahnya penuh dengan rasa tomato dan yang paling penting, udang dan sotong yang digunakan segar. Cuma dari segi kekurangan, mungkin pihak restoran boleh menambah bilangan udang dan sotong. Thats it.

Big Brother Bangi Gateway-Steer Back Ribs
Steer Back Ribs

Untuk Steer Back Ribs pula.. Jika ia dibandingkan secara one to one dengan menu yang lebih kurang sama di Tony Romas, kemenangan tipis memihak kepada Tony Romas. Ini kerana french fries yang dihidangkan bersama Steer Back Ribs ini agak lembik akibat terpenyek dek daging dan juga sosnya.

Owh.. tak dilupakan juga, sosnya agak sedikit manis. Aku pasti, jika sosnya dilebihkan rasa pedasnya bagi mengimbangi rasa manis, confirm lebih ramai akan menyukainya.

Big Brother Bangi

Overall rating untuk Big Brother, aku berikan 4 bintang. Suasana nyaman, rilek dan harganya pun tak terlalu mahal. Aku makan berdua cuma RM70++. Kalau sekali sekala nak dating dengan isteri memang sesuai sangatlah tempat ni.

p/s: Masa ni dating berdua je sebab Khair ikut nenek dia balik kampung.

Nota: Restoran ni dah tak beroperasi.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply
  1. whoaaa…. nampaknya bro dah mula conquer kebanyakan kedai makan kat bangi gateway ni yea…. gua tak sempat terjah mana-mana lagi nie

  2. Hi,

    We will open our restaurant on month of November 2016 at Damansara Utama. We would like to invite you to taste our foods as per said above. If you interested, please reply my email and I will give another information. Thank you.

    Best Regards,
    Mimi

Leave a Reply to Hazman Fadzil Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *