Lagi 2 minggu untuk menyambut ketibaan Syawal, kereta pun nak kena dijaga rapi bagi memudahkan perjalanan untuk balik ke kampung nanti.
Semalam hari sabtu, masa untuk servis kereta. Dah mencecah mileage 70,000km dah pun.
Wah, agak jauh perjalanan kereta aku rupanya. Anggaran 20,000km+ setahun.
Servis kali ini aku just pilih Toyota Servis Center Bangi. Dekat dengan rumah. Bukan tak suka nak maintain servis di Toyota Service Center Segambut, tapi dah malas nak pergi jauh-jauh. Sebab last minute reservation pun ye juga. Haha.
So far jika nak dibandingkan Toyota Service Center Bangi dengan service center yang lain-lain. Aku rasa premis ini yang paling kecil. Dengan bilangan service bay yang hanya muat 4 biji kereta dalam satu masa, ruangan menunggu pun dah macam tin sardin. So aku dok lepak luar je sambil-sambil technician servis kereta.
Ahh.. tapi apadahal. Aku bukan pentingkan keluasan service center tu semata-mata. Cukup hanya dengan servis yang diberikan oleh technician-technician itu baik dan kemas, itu sudah memadai.
So, kunjungan aku untuk servis kereta kali ini.. nothing special. Servis macam biasa. Dan satu yang aku nak complain tentang service center Bangi, mamat-mamat bangla yang cuci kereta aku tak buat kerja dengan betul. Tak bersih sangat pun. Kata cuci luar dalam, tapi bila masuk kereta, buka hood, nampak lagi debu-debu tebal masih setia ditempat asal.
Kos untuk servis 70,000km, RM270+. Minor servis sekali dengan tukar getah wiper (yang ini tukar setahun sekali je). Next, major servis iaitu 80,000km. Tanya juga tadi berapa kos, anggaran dalam RM1000. Sekali tukar minyak gearbox dengan radiator coolant.
Peh.. masak la aku macam ni. Tukar tayar pun lagi murah. Kalau tak nak jaga waranti, confirm aku buat sendiri je.
mahal gilo weh
Servis berkala ini penting dilaksanakan. Kalau yang bekerja dibahagian penyelenggaraan amat sedar kepentingan dan kebaikan servis berkala untuk memanjang hayat dan mengenalpasti kerosakkan sebelum ia menjadi kerosakkan lebih serius lagi.
Siap sedia duit jela. Senang kalau dah tahu anggaran kos untuk next servis.
Pergh.. Major servis nak dekat RM1K. Hehe, biasalah, kereta best, servis pun mestilah best, ye dak? 😀
Oh xde la jauh sangat mu berjalan ek.. Bro dalam 5,000-10,000km kot sebulan he..23x so kira la he…23x
Boleh tahan gak tu…hehehe
wah
melayang tapi tak apa…
untuk keselamatan juga 🙂
dah berapa bulan agaknya aku tak servis kereta nih.
haha..
asyik naik moto aje nih..
kira okay jgk la normal service rege tu… major service kat nissan lebih sket dari tu..