Cerita makan-makan di Bangi Gateway lagi. Kali ini restoran pilihan ialah Big Brother.
Actually kalau diikutkan hati, dah lama nak pergi menjamu selera disini, tapi baru sekarang terlintas di hati untuk jejakkan kaki.
Okay, tema pilihan restoran Big Brother ini ialah western food.
Dari apa yang dilihat pada menu, kesemuanya adalah menu-menu barat yang aku rasakan boleh didapati di restoran-restoran western food yang lain.
Dan oleh kerana ketika aku sampai kesini rasa seperti mengidam nak makan daging, jadi aku telah memesan Steer Back Ribs. Manakala isteri pula dengan menu kesukaannya Seafood Marinara Spaghetti.
First impression, portion yang disajikan agak besar sehinggakan aku merasa agak bernasib baik kerana tidak terlebih order. Kalau tidak, sah-sah takkan habis.
Dari segi rasa pula, aku berikan 4 1/2 bintang bagi Seafood Marinara Spaghetti dan 4 bintang bagi Steer Back Ribs.
Seafood Marinara Spaghetti, cukup dari segi rasa masam masin manis. Kuahnya penuh dengan rasa tomato dan yang paling penting, udang dan sotong yang digunakan segar. Cuma dari segi kekurangan, mungkin pihak restoran boleh menambah bilangan udang dan sotong. Thats it.
Untuk Steer Back Ribs pula.. Jika ia dibandingkan secara one to one dengan menu yang lebih kurang sama di Tony Romas, kemenangan tipis memihak kepada Tony Romas. Ini kerana french fries yang dihidangkan bersama Steer Back Ribs ini agak lembik akibat terpenyek dek daging dan juga sosnya.
Owh.. tak dilupakan juga, sosnya agak sedikit manis. Aku pasti, jika sosnya dilebihkan rasa pedasnya bagi mengimbangi rasa manis, confirm lebih ramai akan menyukainya.
Overall rating untuk Big Brother, aku berikan 4 bintang. Suasana nyaman, rilek dan harganya pun tak terlalu mahal. Aku makan berdua cuma RM70++. Kalau sekali sekala nak dating dengan isteri memang sesuai sangatlah tempat ni.
p/s: Masa ni dating berdua je sebab Khair ikut nenek dia balik kampung.
Nota: Restoran ni dah tak beroperasi.
whoaaa…. nampaknya bro dah mula conquer kebanyakan kedai makan kat bangi gateway ni yea…. gua tak sempat terjah mana-mana lagi nie
nasib baik aku baca artikel ni waktu malam.
kalau takk..
Steer Back Ribs tu mmg nampak myelerakan
cam best aje ribs tu..
nak cubalah nanti. dekat je ngn rumah ni
Hi,
We will open our restaurant on month of November 2016 at Damansara Utama. We would like to invite you to taste our foods as per said above. If you interested, please reply my email and I will give another information. Thank you.
Best Regards,
Mimi