in ,

Tingkatkan Kreativiti Anak-Anak Melalui Modul Pembelajaran Little Scientists


Kanak-kanak dan sains memang tidak dapat dipisahkan. Setiap hari pasti akan ada aktiviti-aktiviti harian mereka yang berkait rapat dengan ilmu sains yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Sebagai contoh ketika Khair bermain bersama botol-botol syampoo yang berisi penuh dan kosong ketika mandi didalam kolam. Dia selalu tertanya-tanya mengapakah botol syampoo yang berisi penuh selalu tenggelam apabila diletakkan didalam kolam yang berisi air, sedangkan botol syampoo yang kosong bertindak sebaliknya.

Bagi aku pengenalan ilmu sains kepada kanak-kanak diperingkat awal sangat bagus untuk membantu perkembangan minda anak-anak.

Ya lah, disamping dapat berinteraksi sesama rakan-rakan seusia, eksperimen sains secara hands-on juga kadang-kala boleh menjadi suatu permainan yang menyeronokkan.

Little Scientists-plastisin terapung

Little Scientists-khair cuba sains

Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama ia turut membantu dalam meningkatkan lagi minda anak-anak supaya berfikir secara lebih kreatif.

Apa yang penting.. Kerjasama!

Jika anda perasan artikel yang telah aku keluarkan beberapa minggu lalu, pembelajaran ilmu-ilmu sains sebegini boleh dipelajari melalui program Little Scientists.

Untuk pengetahuan semua, Little Scientist bukanlah sebuah tadika. Tetapi ia adalah sebuah sistem yang dicipta bertujuan untuk menerapkan ilmu-ilmu sains dalam pembelajaran seharian anak-anak di tadika.

logo-little-scientists

Ianya sangat menarik. Malah daripada pengalaman aku sendiri di bengkel Little Scientist tempoh hari, aku dapati setiap pengajaran programnya, dimasukkan elemen-elemen agama Islam yang berlandaskan sunnah. Which is a very good moves to expose our child about Islam.

Bak kata seorang pengacara di slot Little Scientists di program Assamualaikum, TV Al-HijrahNurazidah Mohamed;

Ilmu sains yang akan diketengahkan dalam program ini bukan sahaja mengenai sains semata-mata, tetapi ia dikaitkan dengan Islam seperti sunnah dan siapakah pencipta disebalik kewujudan sains.

Bagus bukan? Sesuatu pengajaran yang boleh menyebabkan anak-anak kita berfikir dan belajar secara tidak langsung tentang ilmu asas tentang agama.

Dan seperti yang telah aku maklumkan sebelum ini, program Little Scientists telah mula diterima pakai oleh beberapa buah tadika diserata Malaysia. Antara yang mengambil bahagian termasuklah Brainy Brunch Islamic Montessori, Dzul Iman Smart Khalifah, IIUM Montessori, Little Bean Montessori dan lain-lain seperti yang tertera didalam gambar dibawah.

Little Scientists-Tadika

Sedikit pengenalan akan program yang akan dijalankan kepada anak-anak anda sekiranya sesebuah tadika itu menggunakan program ini, boleh lihat contoh rakaman video dibawah. Ianya berkisarkan tentang satu eksperimen bagaimana untuk menghasilkan satu jenis warna yang lain melalui campuran beberapa warna yang berbeza.

Menarik tak?

Seingat aku, aku sendiri pun mula diperkenalkan dengan eksperimen sebegini pada usia yang lebih tua iaitu sekitar darjah 4 atau 5 (maaf, tak berapa ingat).

Ohh ya. Dan sebelum terlupa, semalam iaitu pada 10hb Julai 2014.. pihak Little Scientists juga telah dipanggil untuk menghadiri sesi temubual bersama stesen radio IKIM.fm. Dimana, melalui rakaman suara dibawah terdapat sedikit penerangan daripada pengasas program ini sendiri berkenaan dengan apakah sebenarnya program Little Scientists. Jom dengarkan.

Little Scientists di IKIM.fm

Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program sains untuk kanak-kanak ini, boleh menghubungi pihak Little Scientists ditalian 010-766 6128, email mereka enquiry@littlescientists.com ataupun layari terus laman web mereka di www.littlescientists.com.

p/s: Sains memang menyeronokkan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. Program Little Scientists adalah sesuatu yang sangat menarik dan dapat menarik minat anak2 kita kan apiz??? ^_^

  2. Bagus tu. Kawe setuju sgt ilmu sains diterapkan pada kanak-kanak di peringkat awal lagi. Sains & teknologi semakin berkembang hebat. kalau kita tak kejar awal2, makin jauh kita ketinggalan…

  3. Memang best bila explore sains aktiviti yang simple2 dengan kanak2. Kalo baca kat internet boleh jadi rambang mata nak buat aktiviti2 tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *