in ,

Mengenali Cendawan Susu Harimau


Cendawan Susu Harimau, namanya saja sudah cukup menggerunkan. Kali pertama mendengarnya, terbayang didalam fikiran satu jenis cendawan yang besar.

Mencari cendawan yang kononnya terhasil daripada susu harimau yang tumpah diatas tanah semasa menyusukan anaknya, bukanlah suatu kerja yang mudah. Ini kerana ia memerlukan seseorang yang kuat mental dan fizikalnya untuk menyelinap masuk ke dalam hutan belantara.

Ya lah, masuk kedalam hutan bukan calang-calang orang yang boleh redah. Jika mental tak cukup kuat, anda boleh sesat dalam hutan. Manakala jika fizikal tak kuat, berkemungkinan besar sekali anda masuk tak akan keluar sampai bila-bila.

Lebih mengerikan lagi apabila ada pula mitos yang mengatakan bahawa hutan yang perlu dijelajah untuk mencari cendawan ini adalah hutan yang dikelilingi dengan sang harimau.

Cendawan Susu Harimau besar
Beranikah anda? Hohoho

Tapi itu cerita dulu, sebelum era bioteknologi mula dimajukan secara meluas.

Kini, dengan arus pemodenan yang pesat dan segala kemudahan yang diperlukan mudah diperolehi, proses mendapatkan spesis cendawan yang “rare” ini menjadi lebih mudah.

Melawat Tapak Semaian Cendawan Susu Harimau

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman mengenai sesi lawatan tapak semaian Cendawan Susu Harimau di Ligno Biotech Sdn. Bhd. tempoh hari, ia merupakan satu pengalaman baru yang cukup bermanfaat dan menyeronokkan.

Mengetahui potensi cendawan susu harimau ini sebagai perubatan alternatif yang sangat baik kepada pengguna, Ligno Biotech Sdn. Bhd. mengambil inisiatif untuk membiakkannya.

Cendawan Susu Harimau
Dr Tan Chon Seng, Ketua Pegawai Penyelidik MARDI dan juga penasihat teknikal Ligno Biotech Sdn. Bhd. memberi penerangan tentang penyelidikan cendawan susu harimau yang beliau jalankan selama lebih 8 tahun.

Bayangkan, dengan segala jenis sains biotech dan ilmu kultur tisu tumbuhan yang selama ini hanya dapat melihat melalui kaca televisyen, aku dapat rasakan diri agak bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri dengan mata kasar proses membiakkan cendawan yang semakin sukar diperolehi ini didalam sebuah makmal di Balakong

Dr. Tan Chon Seng

Produksi cendawan susu harimau berskala besar (sehingga 500kg sebulan) dimulai dengan proses penyemaian benih didalam bekas plastik yang diisi dengan beras yang dimasak sebagai sumber makanan cendawan tersebut, kemudian benih cendawan itu dibiarkan tumbuh untuk beberapa minggu (24 minggu @ 6 bulan) sehingga terhasilnya perdu/ubi (sclerotium) yang kaya dengan pelbagai jenis khasiat yang tidak ternilai.

Hafiz Rahim-Cendawan Susu Rimau
Tisu kultur cendawan susu harimau
Cendawan Susu Rimau
Sclerotium (diatas tapak tangan) yang masih belum matang. Gambar (susunan bekas plastik) dibelakang merupakan semaian cendawan susu harimau.

Khasiat Cendawan Susu Harimau

Pada tahun 2002, khasiat cendawan susu harimau mula mendapat perhatian umum apabila Tun Dr.Mahathir yang pada ketika itu menghidapi batuk yang kronik berkongsi pengalaman bahawa batuk beliau pulih setelah mengamalkan pengambilan cendawan susu harimau ini.

Melalui kajian, selain cendawan ini mampu menyembuhkan batuk, ia juga mempunyai khasiat-khasiat seperti:

  1. Melegakan masalah seperti hidung tersumbat, hidung berair dan juga resdung.
  2. Melegakan simptom asma (seperti kesesakan dada untuk bernafas), mengurangkan penggunaan inhaler dan juga mencegahnya daripada berulang.
  3. Menguatkan sistem imunisasi buat mereka yang mudah sakit terutamanya kanak-kanak.
  4. Mengurangkan keletihan badan dan meningkatkan stamina bagi mereka yang sibuk bekerja.
  5. Melegakan keradangan serta sakit-sakit sendi akibat peningkatan umur, kecederaan ataupun selepas menghidap demam denggi/chikungunya.
  6. Membantu menyembuhkan luka dan melegakan masalah/alahan kulit seperti ruam, gatal ataupun Ekzema.
  7. Serta, membantu merawat tumor dan kanser yang mana ianya juga mengurangkan kesan sampingan selepas menjalani proses chemotheraphy.

Daripada cendawan akhirnya menjadi produk-produk kesihatan

Oleh kerana terlalu banyak khasiat yang terkandung didalam cendawan susu harimau ini, Ligno Biotech Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan beberapa jenis produk yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur serta rawatan khusus masing-masing.

Diantaranya ialah Tigerus® Tiger Milk Mushroom iaitu pil kapsul yang mengandungi 260mg bahan aktif cendawan susu harimau (khusus buat mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma, ekzema, tumor dll).

Tiger Milk Mushroom
Tigerus Sclerotia & Tiggy Cocoa

Manakala Tigerus® TIGGY Cocoa, khusus untuk meningkatkan immuniti badan kanak-kanak serta melancarkan sistem pernafasan mereka.

Teh cendawan susu harimau

Dan, Tigerus® TMM Tea pula, iaitu minuman harian yang bertindak untuk membersihkan paru-paru, merehatkan otak yang letih serta membantu menghilangkan sejuk dan selesema.

Difahamkan bahawa seperti produk kesihatan yang berasaskan burung layang-layang, ketiga-tiga produk hasil daripada cendawan susu harimau ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan kaum cina kerana khasiatnya yang mampu meningkatkan/menjaga kesihatan secara semula jadi secara berkesan.

Jadi, jika ditanya kepada anda.. Adakah anda berminat untuk mencubanya juga?

Info tambahan:

  • Ligno Biotech Sdn. Bhd. merupakan pemegang rekod yang pertama dalam Malaysia Book of Records dalam menghasilkan Tiger Milk Mushroom.
  • Fasiliti yang digunakan oleh Ligno Biotech Sdn. Bhd. diperakui organik dan halal.
  • Ligno Biotech Sdn. Bhd. merupakan salah satu daripada 20 syarikat yang tersenarai dalam program Bionext (iaitu inisiatif bersama antara BiotechCorp dan SME Corp untuk mencipta juara berasaskan syarikat bioteknologi tempatan).

Dan untuk makluman, Ligno Biotech Sdn. Bhd. kini sedang mencari ejen-ejen jualan untuk membantu mereka memasarkan produk-produk diatas. Jadi, sekiranya ada diantara anda yang berminat, anda boleh hubungi pihak Ligno Biotech Sdn. Bhd. melalui butiran seperti berikut:


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. percaya jugak….produk cendawan memang bagus untuk kesihatan…dan ini pertama kali dengar pasal cendawan susu harimau…

  2. Uihhhh… besarnya cendawan ni… kalau saya jumpa cendawan ni mesti saya akan ingat cendawan ginseng..

Leave a Reply to Daus Redscarz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *