in

Cuci Mata di (JPO) Johor Premium Outlet


Checked in! Ini bukti sah aku dah pernah sampai ke JPO.

Actually dah lama dah aku teringin nak datang sini, dari masa JPO ni mula-mula dibuka dulu. Tapi disebabkan takde keperluan dan kalau aku datang  sini pun semata-mata datang nak ambik gambar.. Jadi niat tu di postpone-kan dari sehari ke sehari. Hahaha.

Hafiz Rahim-JPO

Minggu lepas, baru lah aku betul-betul dapat tunaikan impian aku untuk jijakkan kaki di tempat yang cukup gah ni.. Itu pun dek kerana plan nak celebrate birthday Khair di Legoland berjaya disusun. Hee..

First impression, tempat ini mengingatkan kembali memori lama aku ketika berkunjung di Harbour Town, Australia.

JPO-Johor Premium Outlet

Konsep factory outlet nya yang lebih kurang sama.. Cuma bila dibandingkan dengan Harbour Town, outlet-outlet di JPO lebih nampak eksklusif.

Jika di Harbour Town, korang boleh je kalau nak cari bahan-bahan masakan mentah ataupun buah-buahan segar dari ladang, tapi di JPO.. ianya lebih kepada barang-barangan fesyen, dekorasi rumah dan juga coklat-coklat berjenama.

Jalan-jalan JPO

Dari segi harga?

Not bad. Rasanya banyak je barang yang murah. Sebab masa aku datang sini, most outlet yang aku tengok, banyak yang pamerkan sales up to 70%.

Pilih je mana yang nak, tingkat bawah ada sales.. tingkat atas pun ada sales (JPO ni dua tingkat ye, bukan setingkat).

Manakala, makan-makan?

Okay, yang ni perlukan persediaan awal. Sebab, bilangan kedai makan yang terdapat di JPO ni agak terhad. Tak banyak choices yang ada.

Cuma disediakan beberapa branded restaurant seperti Absolute Thai, Dome Café, George & Dragon Café, Kampachi Japanese Restaurant, Starbucks Coffee, The Coffee Bean & Tea Leaf dan tidak dilupakan juga, satu-satunya tempat makan yang paling affordable untuk semua orang.. iaitu food court dibahagian center JPO.

Macam aku hari tu, lepak foodcourt sambil pekena nasi beriani kambing je.. RM13 sepinggan. Okaylah. Alhamdulillah, kenyang.

Kenyang makan nasi, kenyang makan angin. Hehehe.

Kesimpulannya, JPO ni kalau orang datang semata-mata nak shopping memang berbaloi. Sales kiri kanan ada, cuma nak kena standby duit. Tapi kalau setakat nak cuci mata, baik takyah datang kot. Buat sakit hati je tak dapat beli. Kasut Nike banyak yang cantik, RM150 dah boleh dapat sepasang sneakers. Kalaulah tak tahan godaan nafsu, silap-silap boleh habis duit gaji. Hahaha.

Info:
Kalau dari lebuhraya Utara-Selatan, sila masuk susur keluar 253. Dari sana nanti korang akan nampak signboard ke JPO yang akan guide korang untuk sampai ke distinasi yang dituju. Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets®


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *