Kebelakangan ini trend pemakaian jubah semakin lama semakin mendapat tempat dikalangan lelaki. Sana sini, pelbagai jenama jubah lelaki moden yang wujud bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan .
Daripada jenama-jenama itu, pelbagai fesyen-fesyen jubah boleh didapati tak kira sama ada ianya adalah dari fesyen tradisional arab sehinggalah fesyen-fesyen jubah moden yang rata-ratanya mempunyai keunikan yang tersendiri.
Terbaru, dibawah label Rizq Design iaitu jenama jubah lelaki moden yang dimiliki sepenuhnya oleh pelakon tanah air kita iaitu Fazreen Rafi, turut mula mencuri perhatian orang ramai.
Ini kerana jubah yang ditawarkan melalui label beliau ini bukan sahaja berkualiti tinggi, tidak panas bila dipakai dan tidak mudah kedut, malah ia juga mempunyai ciri-ciri unik yang tidak boleh didapati melalui jenama-jenama lain.
Sebagai contoh, penggunaan zip dibahagian bawah leher yang menggantikan pemakaian butang, dimana kelebihannya ialah memudahkan si pemakai untuk menyarung jubah ke badan.
Aku serta beberapa orang rakan KBBA9 adalah diantara yang bertuah kerana dapat merasai sendiri kualiti fabrik yang digunakan. Serta beberapa orang daripada kami juga sempat menyarungkan jubah-jubah contoh ini ke badan masing-masing dan ternyata ianya sangat sesuai dipadankan pada sesiapa sahaja.
Blogger Ujang, Nazlee dan Lan Careno memadankan jubah “Ip-Man” serta kurta moden. Stylo dan trendy.
Difahamkan bahawa dengan harga yang bermula daripada RM109 sehingga RM229 bagi setiap jubah atau kurta moden ini, setiap rekaan mempunyai 3 koleksi dengan 10 warna pilihan yang berbeza.
Dibawah adalah contoh koleksi-koleksi jubah moden serta kurta yang lain.
Seperti mana yang dapat dilihat, setiap rekaan yang dihasilkan oleh Rizq Design ini direka dengan potongan Regular Fit dimana ia memberikan keselesaan yang lebih kepada si pemakai.
Turut ditekankan disini, rekaannya juga yang lebih Wudhu Friendly dimana ia memudahkan pemakai sekiranya ingin mengambil wuduk untuk bersolat.
Open Day Jubah Lelaki Moden
Berita baik kepada mereka yang minat berniaga, anda dijemput untuk menghadirkan diri ke Open Day Jubah Lelaki Moden yang akan dijalankan di Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam.
Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016
Masa: 10.00 pagi – 8.00 malam
Disini, anda bukan sahaja berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri koleksi jubah dan kurta Rizq Design, malah anda juga boleh mendaftarkan diri sebagai agen ataupun dropshipper kepada label ini.
Kadar keuntungannya yang bermula dari 20% sehingga 50%, ianya sesuatu peluang yang agak rugi jika dilepaskan begitu saja. Betul tak? Psstt.. Lebih-lebih lagi, bulan Ramadhan dah dekat. 😉
Nota: Setiap agen boleh mula membuat tempahan awal bermula dari 30hb April 2016, dan stok jubah atau kurta ini akan dijangka tiba pada 1hb Jun 2016.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook dan Instagram mereka di www.facebook.com/jubahlelakirizq ataupun www.instagram.com/jubahlelakimoden.
Wajib beli beb!
Wah smart betul laaaa..pih mmg sesuai laaa pkai jubah ni hehe…makin smart ler nnt dgn design camni..
Model tuuu… Mcm kenal.. Wakaka…
mcm nak meniaga baju pulak. tak peranh try . dropship ada tak >.<
Harga berpatutan..yang pcl pakai berkenan sangat
Smart gila. Lain design dari yang selalu da kat luar.
Ada 10 wa rna setiap design.. harap boleh beli sepasang.. warna sama laki bini baru couple sejati..haha
memang smart, material pun cantik! kena beli untuk husband ni..
Sekarang ni pakai jubah dah jadi satu trend di kalangan remaja… 😉
macam baja hitam sajah lalaki pake jubah
ciri-ciri unik yang tidak boleh didapati melalui jenama-jenama lain menarik sekali
mana nak dapatkan kurta tu