Baru-baru ini aku ada terbaca di laman sesawang berkenaan dengan produk Eskayvie Mindtropic. Produk ni tengah viral di laman-laman sosial sebab katanya ia dapat memenuhi permintaan mereka yang ada masalah berkenaan dengan stres, tak cukup tidur dan berat badan yang berlebihan.
Well, bila sebut pasal tidur dan berat badan ni. Aku ada satu cerita throwback masa bujang dulu yang aku nak kongsikan pada korang. Bila dah habis cerita ni baru aku cerita pulak pasal Eskayvie Mindtropic ni ye.
Okay… Dulu zaman-zaman aku remaja belasan tahun hingga berumur 20-an, berat badan aku termasuk dalam kategori individu yang sangat susah nak naik. Susah nak naik tu bermaksud, korang bagi la aku makan apa benda sekali pun, makan ayam 2-3 ketul sekali makan ke, telur ayam sepapan ke, hari-hari makan burger ke, minum susu untuk naik berat badan ke… Pendek kata kalau nak suruh aku makan sesuatu untuk tambah berat badan memang semua dah cuba, tapi semua usaha tu tak berjaya menaikkan berat badan aku pun. Berat badan maksima yang aku boleh capai waktu tu hanya bawah 50kg.
Aku sendiri pun tak tahu apa punca badan aku jadi macam ni. Tapi waktu dulu boleh katakan aku antara individu yang kuat tidur. Kalau tidur tu, lebih daripada 7 jam selamba je. Hahaha.
Tapi.. itulah. Sekadar cerita dulu. Cerita sekarang pulak. Selepas dah berkahwin, semua tu dah jadi kenangan. Bila mana lepas je aku dah berkahwin dan ada anak, berat badan aku naik macam di pam-pam. Kalau dulu nak cecah berat badan 50kg tu boleh dikatakan agak mustahil. Tapi sekarang, dah terbalik. Nak turun bawah 50kg pulak sangat sukar. Hohoho.
Ya.. Memang ada orang kata bila dah kawin, hati senang. Jadi sebab tu berat badan akan naik. Adeh! Aku tak ada fakta yang boleh menyokong atau menolak hujah tu. Tapi kalau tanya aku secara peribadi, satu je yang aku perasan. Bila aku dah berkahwin, jadual waktu tidur aku berubah dan dari situ berat badan aku mula naik.
Haa… waktu tidur berubah tu of course lah kan. Dah kahwin ada anak. Kau ingat boleh lagi ke nak tidur lama-lama?
Dapat tidur 4-5 jam tu pun dah kira bersyukur. Belum lagi campur waktu anak meragam tak sihat, nak susu tengah malam. Jadi, kekerapan untuk berjaga waktu malam dan tidur lewat sangatlah tinggi.
Maka, dek kerana rutin tidur lewat dan singkat ini, lama-kelamaan badan aku ni pun dah terikut-ikut jadual waktu tidur yang salah dan akhirnya mengakibatkan berat badan aku naik.
Masalah tak cukup tidur aku ni makin kronik apabila badan tak lagi mampu kembali kepada jadual tidur yang normal (yang sepatutnya untuk tidur yang cukup memerlukan 7 jam sehari) kerana sudah terbiasa dengan waktu tidur yang pendek 4-5 jam sahaja.
By the way, berkenaan tidur tak cukup yang menyumbang kepada kenaikan berat badan ni memang ada kajian santifik yang sebenar ya. Aku sendiri pernah baca artikel berkaitan perkara ni.
Melalui kajian tersebut, difahamkan apabila seseorang tidak mendapat tidur yang mencukupi, seseorang itu akan mengalami gangguan hormon. Hormon yang dimaksudkan ialah Leptin dan Ghrelin, di mana kedua-dua hormon ini tugas mereka adalah untuk mengawal tahap kelaparan dengan menghantar signal kepada otak untuk makan sesuatu.
Kekurangan tidur akan menyebabkan penurunan kadar hormon Leptin, dan badan akan merembes hormon Ghrelin seterusnya menyebabkan tubuh terasa lapar. Apabila otak menerima signal lapar, semestinya badan akan bertindak balas dengan mencari makanan untuk dimakan.
Maka, disini secara tak langsung berlaku penambahan kalori yang lama-kelamaan akan menyebabkan penambahan berat badan dan obesiti.
Bukan tu je, bila waktu tidur dah berkurang jugak, secara teknikalnya masa untuk kita makan pun bertambah. Betul tak?
Ditambah dengan hasutan makanan-makanan yang tinggi kandungan gula dan karbohidrat macam kek, coklat, aiskrim dan lain-lain. Hal ini sekaligus menyebabkan kita susah untuk berhenti makan. Kenaikan berat badan bertambah secara langsung sekaligus menyebabkan juga obesiti. Logik kan? Mana ada orang berjaga malam nak makan, makanan-makanan yang sihat. Hehehe.
Jadi berbalik kepada produk Eskayvie Mindtropic yang aku sebut awal-awal tadi, kalau korang pendengar radio Suria FM mesti korang ada dengar iklan Eskayvie Mindtropic ni. Aku difahamkan produk ni sebenarnya mampu membantu mengurangkan masalah seseorang untuk mendapatkan tidur yang lebih lena. Bukan sahaja ia membantu untuk dapatkan tidur lebih lena, malah juga mampu membantu mengatasi gejala brain fog (kesukaran mencari perkataan, kesukaran dalam pertuturan, aliran pemikiran serta perbualan yang kerap terganggu).
Ini kerana melalui 5 bahan utama Eskayvie Mindtropic yang dikaji, ia bukan sahaja mampu memberikan kelegaan kepada stress. Malah ia membantu minda korang agar lebih fokus serta kuat daya ingatan seterusnya membantu memberikan tidur yang lena.
Jom kita kenali dengan lebih lanjut 5 bahan utama ni:
- PHOSPHATIDYLSERINE
- Komponen utama yang penting untuk membina dan galakkan sel otak berhubung. Tapi disebabkan faktor pemakanan, penuaan dan stress yang berterusan menyebabkan bahan ini tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.
- Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak kita menjadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar.
- Ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.
- ASHWAGANDHA KSM-66
- Ginseng India yang telah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stress, meningkatkan tenaga dan tumpuan.
- Khasiatnya terletak di bahagian akar dan memberi kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stress).
- Boleh mengurangkan paras kortisol (hormon stress) dalam darah sekaligus melegakan stress, anxiety dan depression.
- Turut memberi kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.
- BACOPA MONNIERI
- Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, hafalan dan ingatan. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
- Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & mewujudkan perasaan gembira.
- Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
- MAGNESIUM
- Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.
- Ia menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
- Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).
- SELENIUM
- Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak dari kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.
- Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.
Sedikit fakta sampingan mengenai Eskayvie Mindtropic ini juga di mana ia adalah merupakan satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie. Ia dihasilkan oleh Dr Syid Ayob, iaitu formulator produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz.
Melihat kepada formulasi Eskayvie Mindtropic ternyata ia sangat membantu mereka yang mengalami masalah sukar tidur.
Secara ringkasnya Eskayvie Mindtropic adalah suplemen kesihatan yang mempunyai ciri-ciri berikut:-
- Dihasilkan daripada 100% bahan-bahan semulajadi
- Tiada gula tambahan
- Tanpa perasa dan pewarna tiruan
- Rasa tropika yang enak
- Pengiktirafan kilang oleh European Quality Award
Kalau korang nak tahu juga, banyak manfaat yang korang boleh dapat kalau Eskayvie Mindtropic ini diamalkan secara konsisten. Antaranya adalah:
- Mengatasi gejala brain fog
- Meningkatkan Perkembangan sel otak
- Menguatkan memori
- Lebih Fokus & daya tumpuan yang lebih baik
- Menjadikan mood & emosi yang lebih terkawal
- Dapat tidur lebih lena
- Lebih ceria & gembira
- Membantu atasi masalah Anxiety dan kemurungan
Jadi bila kata produk ni datangnya daripada Eskayvie, no wonder lah produk ni viral dan meletup kan. Sebab produk-produk diorang memang dah diyakini.
Lepas tu, aku terbaca juga beberapa maklum balas kat luar sana yang boleh tahan ramai jugak berkongsi tentang keberkesanan produk ini.
Jadi berbekalkan kepercayaan di atas kredibiliti jenama Eskayvie, aku meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada produk Eskayvie Mindtropic ini dalam usaha mengurangkan masalah tidur aku. Dalam masa sama, sekarang memang aku tengah consume Eskayvie Mindtropic ni pun. Kalau tanya macam mana feedback lepas ambil produk ni, First… tablet Eskayvie Mindtropic ni rasa buah-buah (tropika). Masam-masam manis buah gitu. Sedap.
Dari segi keberkesanan, boleh kata lately tidur aku lebih lena. Macam sebelum ni, tidur asyik kerap terjaga tak tentu pasal. Lepas amalkan Eskayvie Mindtropic.. dapat lah bantu aku untuk dapatkan deep sleep lebih lama. Bila badan dapat deep sleep, bangun pagi esok pun tak ada lah rasa penat sangat. Dalam masa yang sama, mungkin jugak boleh membantu aku untuk lebih kurus. Heee.
Jom kita tengok pula feedback-feedback daripada pengguna lain yang dah amalkan Eskayvie Mindtropic ni.
Ain selepas amalkan Eskayvie Mindtropic dapat tidur lebih lena, dapat deep sleep dan minda rasa lapang lepas bangun pagi. Berbanding sebelum ni macam tidur-tidur ayam, otak rasa serabut kerana fikir macam-macam.
Aina sejak amalkan Eskayvie Mindtropic ni, bangun pagi rasa fresh je dan dapat mulakan hari dengan lebih ceria dan lebih bertenaga.
Melalui video perkongsian oleh Puan Wan Noor Saliha, 41 tahun seorang guru, beliau selalu sukar tidur dan tak dapat tidur lena sebab kerap terjaga. Kalau terjaga dari tidur tu sangat sukar nak tidur balik dan ambil masa yang lama nak terlelap balik sehingga mengganggu prestasi pekerjaannya. Tapi selepas amalkan Eskayvie Mindtropic ni, beliau dah mudah tidur dan tak kerap terjaga lagi.
So, kalau korang yang ada masalah macam aku boleh lah try ambil Eskayvie Mindtropic. Kalau tanya aku harga tak mahal mana pun. Nak tahu lebih, korang boleh usha web diorang www.eskayvie.com
Ataupun, korang boleh jugak dapatkan info di laman-laman social Eskayvie sendiri melalui pautan dibawah:
Facebook: Eskayvie Malaysia
Instagram: Eskayvie Malaysia
#EskayvieMindtropic #JanganStresStres