Waktu kecik kan, aku memang hantu game. Macam anak-anak aku sekarang ni jugak la, pantang ada waktu lapang.. main game je lah diorang. Cumanya kegilaan aku bermain game masa zaman kanak-kanak dulu lagi ekstrim. Sampai sanggup ponteng sekolah, panjat pagar sekolah, pergi main game kat CC. Budak sekarang CC pun tak tahu agaknya? Hahaha.
Tapi walaupun keobsesan aku dulu terhadap game tu agak tinggi, dewasa ni tak adalah terbawa-bawa perangai tu sampai nak kena ponteng kerja pulak kan? Kalau ponteng kerja sebab nak main game, itu kurang cerdik namanya. Kang tak pasal-pasal disebabkan game.. kena tindakan disiplin, terus hilang mata pencarian. Hohoho.
Pendek kata kegilaan aku bermain game ni dah berkurang mungkin disebabkan faktor umur yang kian meningkat. Yela.. balik kerja, badan penat.. nak kena urus anak-anak pulak.. Jadi, instead of gila-gila main game macam dulu.. bila ada waktu rehat, aku lebih rela berbaring atas katil sambil layan sosial media sampai tertidur.
Cumanya.. kalau tiba-tiba ada keinginan memuncak pun untuk bermain game.. Cukup sekadar aku melepaskan batuk ditangga dengan bermain game online je. Game yang berasaskan web browser lebih sesuai dan jadi pilihan aku sekarang, sebab ianya tak menyusahkan aku untuk download dan install game tersebut ke dalam pc ataupun phone.
Game-game web based ni kalau korang rajin explore bukan game-game boring pun. Macam aku yang selalu jugak main game-game online kat website plays.org.. banyak je game-game yang best. Ada beribu game kat dalam web ni yang dipecahkan mengikut puluhan kategori (boleh tengok kategori kat footer web diorang) . Lagi best kalau jumpa game yang klasik diberi nafas baru supaya jadi lebih moden. Mengimbau kenangan lalu gitu. Hehehe
Dan.. bukan aku je yang suka main game kat website plays.org. Anak-anak aku pun sama. Disebabkan diorang ternampak aku main hari tu, diorang pun cuba nak main sekali. Bila dah main, dah tentu la terjatuh hati kan. Game kot.. ciptaan manusia yang paling menyeronokkan dalam dunia. Sape tak suka game, life korang memang bosan. Hahaha.
Tengok ni.. bukan sekadar game biasa. Learning game pun ada, bagi anak-anak main untuk susun ayat dengan betul.
Typing practice game.. game ni sesuai untuk semua peringkat umur. Kalau bagi anak-anak main bagus sebab bagi diorang familiar dengan keyboard pc dan improve kan typing speed diorang.
Ni game arcade casual.. bersepah game percuma macam ni dengan high quality visual untuk korang main. Macam-macam game percuma baru jugak diorang selalu masukkan.
Bijaknya website plays.org ni.. kalau main game kat sini dan korang nak save progress game tu. Korang register je free akaun. Bila dah ada akaun, korang login.. so next time kalau korang nak main, takde la kena main dari awal balik.
Tengok.. game Super Mario. Game ni legend oo.. Hohoho.
By the way, bermain game bukan lah hiburan yang tak berfaedah semata-mata. Depend pada persepsi dan penerimaan seseorang jugak lah senang cerita, kalau baik pandangannya.. baiklah penerimaannya. Macam aku, aku tak against bermain game. Malah ada masa aku suruh je anak-anak aku bermain game.
Sebab aku dah pernah kot cerita dalam satu entri yang terdahulu tentang kebaikan bermain game ni. Nak bagi mudah faham.. Bila seseorang itu bermain game, bukan sahaja akan improvekan motor skill.. malah dari segi tutur bahasa ketiga (contoh English) boleh di improve kan, juga meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
So abaikan kata-kata orang yang sibuk kata main game ni membuang masa, jom.. Game on!
boleh ni nak saja2 main game tanpa download apa2 haha tqqq