Lagi berapa minggu sesi persekolahan sesi 2023/2024 dah nak bermula. Pejam celik pejam celik, kejap je anak aku dah nak masuk darjah 5 pulak. Daripada dulu kecik dok berkepit celah ketiak, berdukung, kena bebel, kena marah, gelak-gelak.. tengok-tengok sekarang dah nak jadi remaja dah. Bila dah remaja nanti, time tu mula la dia dengan dunia sendiri pulak kan.
Betul la orang kata.. zaman kanak-kanak ni sekejap je, kalau boleh curi masa untuk paksa diri tu luang masa dengan anak-anak sekerap yang mungkin. Kerana selepas ini.. bila diorang dah besar, yang tinggal hanyalah kenangan. Hohoho.
Okay.. okay.. dah melalut nak touching-touching pulak kan. Sebenarnya yang aku nak cerita dalam entri ni adalah tentang persiapan beli barang-barang sekolah Khair je.. untuk sesi persekolahan baru yang akan datang. Jujurnya nak masuk tahun baru persekolahan ni, aku masih terasa agak janggal bila “awal tahun” nak bukak sekolah jatuh pada bulan March.
Ye la.. sebab sebelum-sebelum ni kan bukak sekolah bulan Januari tiap-tiap tahun.. bila semuanya bertukar gara-gara PKP dulu, jadi kurang best. Lari habis semua benda. Haiyoo.
Baik.. untuk nak mula tahun persekolahan yang baru, aku rasa persiapan untuk anak lelaki ni tak serumit anak perempuan la. Sebab kelengkapan pakaian budak-budak lelaki ni straight forward je; baju kemeja putih, seluar biru, kasut dan stokin hitam. Special kes sikit bila anak aku pegang jawatan pengawas SPBT, so kat sekolah dia kena ada vest merah maroon.
Kebiasaannya beli kelengkapan pakaian sekolah Khair ni aku ada kedai favourite, kedai tu adalah pusat pakaian Hari-Hari.
Sebabnya bagi aku, kat sini dah lengkap. Bermacam-macam kelengkapan sekolah dia jual, bukan setakat uniform sekolah, tapi beg, kasut, alat tulis, bekal makanan dan bermacam-macam lagi lah yang berkaitan.
Harga pun not bad, terutamanya uniform sekolah dan baju melayu kafa. Sesuai dengan kualiti yang ditawarkan. Ambil contoh baju sekolah, kain dia tebal, licin, tak panas.. dan paling best, kain dia tak menguning bila dah lama pakai (ada jenis baju, lama-lama pakai warna jadi kekuningan sikit, sakit pulak mata tengok baju jadi macam tu.. dah terpaksa cuci baju letak nila).
Seluar sekolah pun sama.. so far sepanjang persekolahan yang lepas-lepas. Kualiti kain seluar sekolah yang beli kat kedai Hari-Hari masih tak lusuh. Kain cotton dia tebal dan selesa untuk pakai. Sampaikan tiap kali aku beli, memang aku beli yang saiz besor sikit untuk standby nak guna lama.. let say masuk tahun 2023 ni walaupun dah beli seluar baru, seluar lama masih boleh pakai (jadi extra in case tak sempat nak cuci).
Kasut.. standard. Kualiti lebih kurang je kat kedai lain pun. Cumanya kemudahan di Hari-Hari ni aku tak payah nak berulang masuk kedai-kedai lain semata-mata nak beli kasut je. Dah pergi sana beli uniform, boleh sauk beli kasut terus dengan pelbagai pilihan jenis kasut yang ada.
Barang-barang lain seperti beg, alat tulis.. kalau kat Hari-Hari Bangi ni memang dia dah letak kat satu section. So boleh pilih terus jugak. Kualiti barangan bagi aku bagus, kalau beg tu.. bukan jenis beg yang jenis zip cepat rosak.. alat tulis pun okay je. Dan yang paling mustahak.. semua kelengkapan sekolah yang dijual di Hari-Hari ni mampu milik.
Serius guys.. dengan keadaan ekonomi yang baru nak pilih, pemilihan kelengkapan sekolah yang murah tapi berkualiti ni sangat membantu. Tak perlu dah beli yang branded tapi fungsinya sama je kan.
Oh ya.. sebelum terlupa, kat Hari-Hari selalu jugak buat promosi, kalau kena gaya barang-barang sekolah yang dah murah tu dibaginya lagi murah. So kalau korang nak tahu tentang promosi terbaru, boleh rujuk laman web dan sosial media Hari-Hari.
Laman web rasmi Hari-Hari: Pusat Pakaian Hari-Hari
Shopee Hari-Hari: Hari Hari, Online Shop | Shopee Malaysia
Lazada Hari-Hari: Shop at Hari Hari | lazada.com.my