in ,

Diffenz Junior Bantu Sokong Tumbesaran dan Perlindungan Terbaik Untuk Kanak-Kanak


Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai yang terjejas berikutan pelbagai sekatan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan wabak tersebut dari terus menular ke tahap yang lebih membimbangkan.

Antara yang paling terasa pastinya golongan kanak-kanak, yang terpaksa menghabiskan zaman kecil mereka di rumah. Perkara ini sudah tentu boleh memberi kesan kepada psikologi dan perkembangan minda mereka. Banyak masa mereka dihabiskan dengan bermain game dan menonton Youtube. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, mereka ini bebas bermain di taman permainan. Bukan setakat kanak-kanak je yang stress. Ibu bapa pun stress jaga anak kat rumah.

Fasa kanak-kanak amat penting dan perlu diberi perhatian khusus oleh ibu bapa. Ini kerana apa saja yang diserap dan berlaku di sekeliling kita akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak adalah tumbesaran dan perkembangan mereka.

Kanak-kanak di Malaysia juga berhadapan dengan peningkatan risiko obesiti akibat kurang aktif serta pengambilan makanan yang tidak sihat di rumah akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara. Tiada lagi keterujaan dan kebebasan bermain, berlari dan bergerak aktif bersama kawan-kawan demi memenuhi tuntutan norma baharu. 

Keadaan ini menyebabkan daya ketahanan tubuh dan tumbesaran mereka terganggu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kesihatan berpunca daripada malnutrisi (kekurangan nutrisi), jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial.

Dalam jangka masa pendek, kebantutan boleh meningkatkan risiko kematian dan morbiditi (berpenyakit). Daya pertahanan tubuh yang kuat juga sangat penting dan salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin dan mineral yang lengkap.

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid

Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan.

Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan  yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela  termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres. 

Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres  kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.  

Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu.

Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah.

Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.

Multivitamin Dan Mineral

Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini sebenarnya kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013).

Terdapat jurang yang jelas antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang ‘picky eater’.

Kolostrum

Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum. 

Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak. 

Vitamin C dan vitamin D

Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang terdedah kepada risiko tidak cukup Vitamin C disebabkan keperluan yang semakin meningkat dan pengambilan yang lebih kurang daripada yang sepatutnya. Kajian di Perancis pula mendapati kira-kira separuh daripada kanak-kanak berumur tujuh hingga 19 tahun mempunyai kadar pengambilan vitamin C di bawah purata jangkaan keperluan. 

Vitamin C memberi kesan kepada pelbagai komponen maklum balas daya tahan badan dan ia mempunyai khasiat anti-viral. Dengan meningkatkan pengambilan vitamin C, ini boleh memberi manfaat kepada golongan berisiko terdedah kepada jangkitan.

Walaupun vitamin C mudah didapati kerana terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran semula jadi, khasiat vitamin C ini boleh berkurangan apabila dimasak ataupun disimpan terlalu lama.

Bukan hanya itu, vitamin D juga penting untuk tumbesaran anak-anak, terutamanya untuk fungsi tulang, kalsium dan metabolisma badan. Apabila anda mendapat kalsium yang cukup, anda juga mendapat vitamin D yang cukup.

Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan sumber vitamin D kerana kita hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari pada waktu pagi. Bagaimanapun, vitamin D tidak semudah yang disangkakan kerana kebiasaannya kanak-kanak sudah bersiap untuk ke sekolah pada jam enam pagi dan mereka bertolak ke sekolah sebelum matahari memancarkan sinar.

Cendawan Susu Harimau

Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.

Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.

Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Cara Dapatkan Diffenz Junior

Semua bahan-bahan yang terdapat dalam Eskayvie Diffenz Junior ni memang bagus untuk perlindungan kanak-kanak dan ianya juga dapat membantu menyokong tumbesaran kanak-kanak. Pastikan korang dapatkan Diffenz Junior ni lagi-lagi waktu sekarang ni apabila kita semua dah dibenarkan bebas untuk kemana-mana. Lebih membimbangkan, kes jangkitan positif harian pun masih lagi tinggi dan belum ada tanda untuk berkurangan.

Untuk dapatkan Diffenz Junior ni korang boleh tengok di website atau media sosial Eskayvie Malaysia. Semoga kita dapat putuskan rangkaian Covid-19 ni.

Website: diffenzjunior.com 
FB PAGE: Eskayvie Malaysia www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia www.instagram.com/eskayviemalaysia/


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Hi Hafiz 🙂 Nice sharing. Betullah recommended sgt Diffenz Junior ni lg2 kalo ada anak yg jenis picker eater, x mkn sayur dan buah, ni pilihan yg terbaik sbb ada byk khasiat dlm 1 tablet. Anak saya pun mkn juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *