in

Kenapa Charger Cepat Rosak?


Hmm.. Termasuk yang baru beli ini, dah lebih daripada 5 biji charger telefon dah aku pakai. Kabel USB tak usah cerita, lagi lah banyak.

Charger-pengecas-samsung
Konon pakai S4, padahal Samsung Galaxy S3 je. Hehehe

Sekarang, charger memang cepat rosak. Kalau tak kerana kabel buat hal, mesti adapter yang rosak.

Selama ini charger yang ada di rumah aku hanya tinggal satu je yang boleh guna. Itu pun kena berebut dengan wife siapa yang nak guna dulu. Yelah, smartfon masing-masing kuat makan bateri. Main Facebook, WhatsApp, Instagram dan segala jenis mak nenek social apps ni. Haih.. Sehari mahu kena charge 3-4 kali.

Pengeluar smartfon pula memang pandai, kapasiti bateri untuk setiap smartfon semuanya kecil-kecil. Tak ada ke smartfon yang boleh tahan bateri 3-4 hari macam Nokia 3310?

Menyampah betul.

Mungkin betul lah kata orang.. pengeluar-pengeluar smartfon memang buat untung besar apabila melibatkan aksesori smartfon. Charger merupakan salah satu daripadanya, demand tak pernah putus. Hohoho.

Info: Pernah tanya Samsung, warranty charger hanya selama 6 bulan sahaja.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

14 Comments

Leave a Reply
  1. charger samsung memang cepat bom kebabom ek apiz??? wah nak kena jaga2 ni, macam kalau dah apiz experience tak mustahil farah pun akan experience… hik hik hik…lagi2 yang sentiasa charge jer kann…. ^_*

  2. kalau ada bateri smartphone yang boleh tahan lama pun. mesti akan ada yang bising tak cukup lagi. kalau boleh nak cari yang tak perlu charge langsung.hehe.. 🙂

  3. Aku pakai iphone. charger original jugak yang tahan dekat 2 tahun walaupun dah hampir putus. beli charger spare yang local, 2 bulan je tahan.

  4. Memang cepat rosak charger ni.nak2 lagi.Samsung.selalunya label la.tukar guna kabel yg cukai langsung charge x masuk.Hampeh.terpaksalah beli yg original.

  5. Aku biasanya dah tak beli charger nie melainkan dapat masa beli mula-mula jer… lepas tu pandai-pandai la cari modal borong powerbank kan…. lagi senang la pada aku…..

Leave a Reply to Hazman Fadzil Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *