Aku dah ingat-ingat lupa bila kali terakhir aku timbang berat badan dulu. Nak kata 2-3 bulan lepas rasanya macam lagi lama je. Hahaha.
Hari ini semasa jalan-jalan di Warts Bangi, sempat singgah ke farmasi Guardian. Pada mulanya nak cari mata pisau cukur, malangnya tak ada.
Dalam masa yang sama wife ternampak ada dijual penimbang berat.
So apa lagi, alang-alang dah lama tak timbang berat dan harga pun tak ada lah mahal sangat.. cuma RM29.90. Belilah sebuah untuk disimpan dirumah.
Ada penimbang berat, senang sikit nak monitor berat badan. Rasa macam perut makin buncit je terus boleh pergi timbang dan mulakan diet.
p/s: Agak-agak korang berapa berat badan aku? Hehehe.
Berat ko 68 atau 69… betul tak?
Dah lama tak timbang berat.. last timbang 3 minggu yang lepas.. emmm emmm
Awat hang naik je, terus jadi blur2 penimbang tue
err…mungkin 70 kg?tak berat dan tak ringan sangat utk lelaki…hehe
Memang ada simpan satu penimbang kat rumah..senang nak pantau berat badan..saya pilih yang digital..
setiap hari timbang berat badan apiz oii…boleh cenggitu??? ha ha ha… obses dengan berat badan sendiri…
alamak… ramai yang nak mula diet balik ni… jom jom timbang sama-sama…
70KG. Tak apa bro perut buncit lambang bahagia.
aku biasanya pergi timbang berat kat mesin timbang yang ada di shopping complex. 20 sen je. huhu
sebut pasal penimbang berat, baru perasan kat rumah nie punya dah lama xnampak bayang..tapi nak timbang pun takuuuut :p
Lebih 70kg kot.
Haha..
Kan. Kannn
HR guna penimbang tak keluarkan ke kotaknya? Tak seimbang la gitu penimbangnya.
rasa macam dah lama jugak tak timbang, huhu nak kene beli 1 jgk standby kt rumah, senang nak monitor berat nih.. 😉
selalu timbang yang dekat pasaraya jer.20 sen.
wah! perkara yg menakutkan utk naik mesin penimbang tu. ngeh2..
Gunalah penimband digital, lebih accurate. Kat Guardian pun ada jual =)
Saya belum punya timbangan berat badan di rumah. Kalau beli ini, pasti berguna juga untuk kedepanya