in

Kenapa Charger Cepat Rosak?


Hmm.. Termasuk yang baru beli ini, dah lebih daripada 5 biji charger telefon dah aku pakai. Kabel USB tak usah cerita, lagi lah banyak.

Charger-pengecas-samsung
Konon pakai S4, padahal Samsung Galaxy S3 je. Hehehe

Sekarang, charger memang cepat rosak. Kalau tak kerana kabel buat hal, mesti adapter yang rosak.

Selama ini charger yang ada di rumah aku hanya tinggal satu je yang boleh guna. Itu pun kena berebut dengan wife siapa yang nak guna dulu. Yelah, smartfon masing-masing kuat makan bateri. Main Facebook, WhatsApp, Instagram dan segala jenis mak nenek social apps ni. Haih.. Sehari mahu kena charge 3-4 kali.

Pengeluar smartfon pula memang pandai, kapasiti bateri untuk setiap smartfon semuanya kecil-kecil. Tak ada ke smartfon yang boleh tahan bateri 3-4 hari macam Nokia 3310?

Menyampah betul.

Mungkin betul lah kata orang.. pengeluar-pengeluar smartfon memang buat untung besar apabila melibatkan aksesori smartfon. Charger merupakan salah satu daripadanya, demand tak pernah putus. Hohoho.

Info: Pernah tanya Samsung, warranty charger hanya selama 6 bulan sahaja.


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

14 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge