Alkisah dapat langganan Disney+ Hotstar secara percuma. Beberapa hari sebelum ni aku ada menerima satu pesanan ringkas SMS daripada unifi (wehh.. zaman bila orang pakai SMS lagi ni). Pesanan ringkas tersebut menawarkan aku untuk mengaktifkan akses 24 bulan Disney+ Hotstar tanpa caj tambahan.
Pada mulanya aku skeptikal (sebab mana ada orang nak bagi benda secara percuma kan), lalu aku menghubungi unifi support team untuk mendapatkan pengesahan tentang tawaran tersebut.
Selepas seketika berbual dengan unifi support team diruangan Live Chat, ya benar.. tawaran yang aku terima adalah legit. Dengan erti kata lain, SMS tersebut hanya untuk mengetahui sama ada aku berminat untuk mendapatkan akses Disney+ Hotstar selama 24 bulan secara percuma ataupun tidak.
Cumanya dengan menerima tawaran ini, kontrak langganan unifi aku akan diperbaharui untuk tempoh 24 bulan juga. Lebih kurang macam kes-kes aku dapat upgrade sebelum ni:
- Dapat naik taraf unifi percuma daripada pakej Vip5 ke 30Mbps (ni zaman awal-awal unifi dulu, pakai 5Mbps.. kemudian upgrade ke 30Mbps)
- Dapat naik taraf percuma Unifi Turbo (aku pakai pakej ni sampai sekarang.. Hehe)
Well.. memandangkan aku tak ada perancangan untuk bertukar ke pakej lain atau bertukar ke penyedia perkhidmatan jalur lebar yang lain, maka tanpa was-was aku bersetuju untuk proceed mengikut arahan yang diberikan melalui pautan yang diterima daripada SMS tersebut.
Aku difahamkan selepas menghantar maklum balas yang mengatakan aku berminat untuk proceed, pihak unifi memerlukan 14 hari (tak pasti 14 hari bekerja atau campur weekend) untuk memproses permohonan aku (kena bagi unifi id, alamat email dan butiran asas akaun unifi).
Selepas tempoh tersebut, aku akan dapat satu lagi SMS untuk mengaktifkan akaun dan sejurus diaktifkan, aku boleh terus mengakses Disney+ Hotstar secara percuma sama ada melalui handphone ataupun TV.
Yeay.. dengan adanya akaun percuma Disney+ Hotstar, dah ada satu lagi channel hiburan untuk aku sekeluarga kat rumah. Yang seronoknya, banyak cerita-cerita yang aku boleh layan.. especially filem-filem ataupun drama bersiri daripada Marvel.
Nota: Bukan semua orang akan dapat offer ni. Difahamkan hanya untuk pelanggan terpilih je. Okay la.. dah lama setia kan. Bagi la something special kan. Kalau langgan sendiri asing-asing, kena bayar RM54.90 untuk 3 bulan. Kalau untuk tempoh 24 bulan, kos keseluruhan jadi RM439.20. Fuh berpeluh.. nasib baik dapat free. Hehehe.