in ,

ISES 2014 – Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa

ISES 2014 - Sidang Kemuncak Tenaga Lestari yang bakal diadakan

Perhatian kepada pembaca sekalian..Jika ada yang perasan tentang post-post aku sebelum ini berkenaan dengan SEDA Malaysia, disini ada satu pengumuman yang ingin aku sampaikan.

Pada 18hb hingga 19hb March 2014 ini, akan berlangsungnya satu Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2014 bertemakan Currency of Autonomy – Sustainable Energy di Sunway Resort Hotel & SPA, Petaling Jaya.

ISES 2014 – Sidang Kemuncak Tenaga Lestari yang bakal diadakan

Persidangan ini yang dianjurkan buat kali keduanya oleh SEDA Malaysia bertujuan untuk berkongsi amalan baik disamping membantu industri tempatan dan juga luar negara mengenal pasti cara-cara yang sesuai bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dan teknologi kepada masyarakat, serta pembiayaan bagi transformasi ke arah kemerdekaan tenaga dan pembangunan yang mampan.

ISES 2014 - Tentative
Tentatif program ISES 2014

Selain daripada mendengar beberapa sesi penerangan yang disampaikan oleh penceramah terkenal berkenaan dengan green financing, tenaga boleh baharu dan juga kecekapan tenaga, ISES 2014 juga akan menjadi platform terbaik bagi pengguna dan penggiat profesional industri TBB (Tenaga Boleh Baharu) di Malaysia untuk bertemu, berdiskusi dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam isu-isu yang berkaitan dengan tenaga lestari di Malaysia.

Topik utama sidang kemuncak (disampaikan dalam bahasa inggeris):

  • International Case Studies on Sustainable Energy Policies (Kajian Kes Antarabangsa mengenai Dasar Tenaga Lestari)
  • Financing Sustainable Energy Projects (Pembiayaan Projek Tenaga Lestari)
  • Sustainable Energy Technologies (Teknologi Tenaga Lestari)
  • Renewable Resources (Sumber boleh diperbaharui)
  • Energy Efficiency (Kecekapan Tenaga)

Barisan panel penceramah terkenal terdiri daripada pelbagai wakil negara dan salah seorang daripadanya termasuklah, Datuk Loo Took Gee iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA).

ISES 2014 Speakers
Barisan panel

Turut diadakan, peluang bagi yang berminat untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan tenaga boleh baharu dan juga pakej iklan dan tajaan kepada ISES 2014.

Pendaftaran boleh dilakukan dilaman web www.ISES.gov.my

Dan untuk sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi urus setia ISES 2014 di:

ISES 2014 Secretariat
Sustainable Energy Development Authority Malaysia
Galeria PjH
Level 9, Jalan P4W
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya, Malaysia
Tel : (+603) 8870 5835 / 010 258 2885
Faks : (603) 8870 5900
Email : ises@seda.gov.my / hazel.ises@gmail.com / ises14.seda@gmail.com


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply
  1. Ramai panel-panel hebat menjayakan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2014… Semoga banyak info bermanfaat berjaya di perolehi melalui persidangan ini…

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *