Dum..Dum..bunyi mercun. Selamat datang tahun 2014.
Semoga dengan kehadiranmu kali ini memberikan 1001 berita gembira buat aku seisi keluarga. Yang mana azam tahun lepas tak sempat buat, harap-harap tahun ni dapatlah ditunaikan. Aminn.
Oops..rasanya aku dah terlebih excited untuk publish entri pertama tahun baru.
Well..nak buat macam mana. Kali ini count down dekat rumah je sambil baring-baring depan tv layan cerita “Transformer”. Malas dah nak penatkan diri bersesak-sesak dikhalayak ramai. Penat beb, bukan ada faedah pun. Hehe.
Apa-apa pun sempena tahun baru ini, sekali lagi aku hendak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada rakan-rakan juga pembaca semua. Diharapkan dalam tahun 2014 ini, semoga apa yang dihajati oleh korang semua akan dapat dimakbulkan dan juga segala kekurangan ditahun lepas dapat diperbaiki dengan sebaik mungkin.
Akhir kata..kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.
Bonus Wordless Wednesday tahun baru..Nah, aku tampal seketul gambar makan malam terakhir aku untuk tahun 2013. Mee Sup Utara pasar malam Fasa 1 Bandar Baru Bangi. Sodap woo bebola daging. Makan sekali mintak lagi.
p/s: Entah apa yang aku merapu malam ni kan. Haha
semoga tahun ini lebih bermakna. Hehe..
Semoga kita semua lebih berjaya tahun ni.. Selamat tahun baru 2014..
selamat tahun baru bro
moga tahun ini lebih baik dr tahun hadapan 🙂
Selamat tahun baru bro, blog pun dah berwajah baru..
Selamat menyambut tahun baru 2014. . Semoga lebih banyak kejayaan berjaya dicapai pada tahun ini. . In Shaa Allah. .
selamat tahun baru bro
Bihun sup nie menu feveret ko setiap kali pegi pasar malam kan…..
aduh rasa lapar pulak tegok gambar bakso tu huhuu..dah lme tak makan 🙁
selamat tahun baru
semoga sukses2 belaka 🙂
Semoga lebih berjaya bro di tahun 2014 ini.
SELAMAT MAJU JAYA ABG HAFIZ!! ^_^
semoga rezeki makin murah untuk tahun 2014.. inshaAllah
selamat tahun baru
Selamat tahun baru 2014. 🙂
Bakso ke tu? menyelerakan betul..
selamat tahun baru
Bihun sup bro..tapi bebola daging bakso. hehe
Selamat tahun baru 2014
Semoga semua azam di tahun 2013 maupun tahun ini bisa lekas tercapai
Terus semangat dan kedepannya selalu sukses …
Sedap plak tengok gambar bebola daging tu.. Nak belilah nanti..
Selamat Tahun Baru 2014..