Permohonan FiT

Seperti yang pernah diterangkan sebelum ini, FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB), dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik ( TNB dan SESB ) pada kadar harga jualan ataupun tarif premium dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan ( boleh rujuk laman web www.seda.gov.my untuk semakan kadar FiT ).

Okay..Sehingga hari ini, maksud FiT sudah aku terangkan, begitu juga dengan kelebihannya. Cuma, belum lagi menceritakan tentang teknologi-teknologi TBB yang boleh diguna pakai untuk memohon FiT ini.

Berbalik kepada tujuan asal FiT ini diwujudkan, ianya adalah untuk memulihara alam sekitar sekaligus membantu perkembangan ekonomi sesebuah negara. Maka dengan itu, beberapa teknologi TBB telah ditawarkan secara terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakannya.

  1. Biogas

    Biogas 1.1 MW di Negeri Sembilan
  2. Biomass

    Biomass 2 MW di Batu Pahat
  3. Hidro kecil

    Salah satu sumber tenaga boleh baharu – Hidro kecil 6 MW di Bentong Pahang
  4. Solar PV

    Solar PV 10 kW di Kajang

Untuk makluman berdasarkan senarai diatas, solar PV merupakan teknologi TBB yang paling mendapat sambutan. Ini kerana konsepnya yang lebih bersesuaian bagi individu (untuk pemasangan di rumah), manakala yang selebihnya seperti biogas, biomass dan hidro kecil kurang mendapat sambutan kerana ia boleh dikatakan projek berskala tinggi yang memerlukan modal yang besar dan selalunya digunakan dalam sektor perindustrian sahaja.

Cara memohon

Bagi memohon teknologi TBB ini, sebenarnya ia mudah sahaja. Permohonan boleh dilakukan melalui sistem online e-FiT di laman web www.SEDA.gov.my.

  • Info – pemohon yang berjaya memohon untuk menggunakan teknologi TBB ini dipanggil Feed-in Approval Holders (FiAHs)

Okey, untuk sistem online e-FiT ini..baca info ini dulu.

Ianya dilancarkan pada 1hb Disember 2011, bertujuan untuk mengurangkan campur tangan manusia dalam proses saringan permohonan yang telah dihantar kerana seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kuota bagi tenaga boleh baharu ini adalah terhad. Jadi untuk memastikan pembahagian dilakukan secara telus dan saksama, ia bergantung sepenuhnya kepada sistem yang telah ditetapkan tanpa ada sikap prejudis. – sumber Laporan Tahunan SEDA 2011, mukasurat 31, perenggan pertama.

Langkah-langkah dan proses permohonan

  1. Memeriksa kelayakan dan ketersediaan kuota.
  2. Penyediaan dokumen yang diperlukan.
  3. Memohon Feed-in Approval melalui online system (e-FiT).
  4. Permohonan diluluskan ( apabila segala dokumen diperoleh dan menepati syarat dan kelayakan).
  5. Menandatangani Renewable Energy Power Purchase Agreement (REPPA) dengan Distribution Licensee (DL).
    * REPPA merupakan kontrak “supply and buy” dimana kadar FiT dan tempoh kontrak akan diumumkan secara bertulis.
    * DL adalah syarikat yang berlesen dalam mengagihkan tenaga elektrik seperti TNB, SESB dan lain-lain lagi.
  6. Mendaftarkan dan menghantar satu salinan kontrak atau perjanjian REPPA kepada SEDA Malaysia, dan sesalinan lagi kepada Suruhanjaya Tenaga.
  7. Permohonan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga.
  8. Menandatangani Perjanjian Pembiayaan dan memenuhi semua syarat untuk pengeluaran pertama ( jika membuat permohonan pinjamandaripada bank, bank yang terpilih adalah Alliance dan Bank Muamalat).
  9. Kontraktor terpilih akan menjalankan pemasangan teknologi TBB
    * Boleh rujuk website SEDA untuk senarai penuh kontraktor/service provider ( Senarai sahaja, tidak dinyatakan produk dan promosi. Individu hendaklah menghubungi sendiri pihak service provider untuk mendapatkan penjelasan lanjut).
    * Terdapat lebih daripada 60 kontraktor untuk dipilih dan adalah penting untuk mendapatkan sebut harga yang terbaik dan kos pemasangan.
  10. Suruhanjaya Tenaga mengeluarkan lesen kepada pemohon ( untuk permohonan solar PV yang kadar pengeluaran tenaganya dibawah 72kW ).
  11. Sesi menguji dan melaksana oleh pihak berkelayakan yang memegang sijil kelayakan ISPQ ( untuk permohonan Solar PV ).
  12. Penyemakan daripada SEDA Malaysia mengenai tarikh perlaksanaan FiT.
  13. Pengesahan daripada SEDA Malaysia mengenai tarikh perlaksanaan FiT ( FiT commencement date ).
  14. Perlaksanaan FiT
  15. Pembayaran dibuat oleh TNB/SESB kepada FiAH/pemohon.

Setelah kelulusan diberikan, SEDA Malaysia akan sentiasa memantau segala pelan kerja tersebut. Pemantauan rapi diperlukan untuk memastikan projek tersebut berjalan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh SEDA Malaysia.

Fuh..panjang lebar penerangan yang diberikan. Aku harap dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat memberikan korang kefahaman tentang bagaimana untuk memohon teknologi TBB ini. Sebarang rujukan boleh sahaja layari www.SEDA.gov.my ataupun dengan meninggalkan komen dibawah.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • One Comment

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Surcaj bil elektrik 2014

    Tip Penjimatan Tarif Elektrik Baru 2014

    ISES 2014 – Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa