in

Ada Apa Dengan Sticker Roadtax


Sticker roadtax, benda yang kecil tapi amat berguna.

Sticker roadtax-hafiz rahim

Tanpanya..kerja akan jadi rumit.

Nak cabut roadtax yang melekat dicermin bukannya satu kerja mudah. Tanpa skill yang padu, silap-silap haribulan roadtax boleh terkoyak dan terpaksa dikopek sedikit demi sedikit.

Bila dah jadi macam tu. Ahh..tension beb. Terpaksa guna kuku untuk umpil cebisan yang tertinggal. Kalau kena gayanya, boleh tahan juga sakit ibu jari..macam aku kena kelmarin. Hohoho.

Maka, disebabkan dah terkena sakit ibu jari tu..semalam aku dah pergi beli sticker roadtax di kedai Brothers. Tak mahal pun sebenarnya, RM5 sekeping.

Stiker roadtax_hafiz rahim

Design, macam-macam ada. Pilih, bayar dan anggap sahaja ianya sebagai satu bentuk investment untuk mengelakkan ibu jari sakit lagi tahun depan. Hehehe.

Nota: Ada orang kata..kalau nak senang cabut roadtax, panaskan dulu roadtax tu menggunakan hair dryer supaya gamnya sedikit cair. Aku tak pernah cuba sebab tak ada hair dryer dekat rumah.

p/s: Tempah banyak-banyak sticker roadtax, letak nama blog sendiri dan bagi pada kawan-kawan..itu namanya Offline-SEO.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

19 Comments

Leave a Reply
  1. memang menyeksakan, lagipun kalau melekat habis.

    roadtax kereta tak tahan panas, kalau tak jadi rosak terus.

    aku pun dah lekat stiker roadtax keta. apapun lega sikit…

  2. bila sticker lama koyak, saki baki gam tu yang leceh, kena guna thinner nak bersihkan. sticker ni macam boleh diy….heee

  3. Memang creatif la idea offline seo tu. Kalau ada blogger designer yg bermurah hati mendeaignkan pun cantik gak.. ada sesipa berminat nak deaign?

  4. selain guna hair dryer, boleh juga parking kereta kat tgh panas waktu tengah hari. agak-agak kereta dah panas, cubalah cabut sticker road tax tuh…. confirm senang tanggal…

  5. Saya pun pakai sticker roadtax nih. Satu sticker boleh tahan dalam 5 tahun, jadi baru RM1 setahun. Hehe…

    Kalau ada sticker roadtax versi Offpage SEO, bagitau lah. Saya nak! Hehe…

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *