Sticker roadtax, benda yang kecil tapi amat berguna.
Tanpanya..kerja akan jadi rumit.
Nak cabut roadtax yang melekat dicermin bukannya satu kerja mudah. Tanpa skill yang padu, silap-silap haribulan roadtax boleh terkoyak dan terpaksa dikopek sedikit demi sedikit.
Bila dah jadi macam tu. Ahh..tension beb. Terpaksa guna kuku untuk umpil cebisan yang tertinggal. Kalau kena gayanya, boleh tahan juga sakit ibu jari..macam aku kena kelmarin. Hohoho.
Maka, disebabkan dah terkena sakit ibu jari tu..semalam aku dah pergi beli sticker roadtax di kedai Brothers. Tak mahal pun sebenarnya, RM5 sekeping.
Design, macam-macam ada. Pilih, bayar dan anggap sahaja ianya sebagai satu bentuk investment untuk mengelakkan ibu jari sakit lagi tahun depan. Hehehe.
Nota: Ada orang kata..kalau nak senang cabut roadtax, panaskan dulu roadtax tu menggunakan hair dryer supaya gamnya sedikit cair. Aku tak pernah cuba sebab tak ada hair dryer dekat rumah.
p/s: Tempah banyak-banyak sticker roadtax, letak nama blog sendiri dan bagi pada kawan-kawan..itu namanya Offline-SEO.
memang menyeksakan, lagipun kalau melekat habis.
roadtax kereta tak tahan panas, kalau tak jadi rosak terus.
aku pun dah lekat stiker roadtax keta. apapun lega sikit…
ada orang jenis malas cabut. roadtaz baru tampal atas yang lama. sudahnya penuh cermin kereta dengan roadtax. haha
Aku buat roadtax kat kiosk MYEG hari tu dia siap bagi sticker roadtax.. Senang nak tampal, nak cabut..
La dapat free ke..ces..rugi aku.
Ha’ah.. Dapat free.. *nyampok jap* hehe
Road tax dah renew, senang hati…
bajet roadtax awal2 kena simpan bro.hahaha
bila sticker lama koyak, saki baki gam tu yang leceh, kena guna thinner nak bersihkan. sticker ni macam boleh diy….heee
Kalau bro buat, saya mau satu. Hehe
masa servis, aku suruh diorang hilangkan. haha..
Memang creatif la idea offline seo tu. Kalau ada blogger designer yg bermurah hati mendeaignkan pun cantik gak.. ada sesipa berminat nak deaign?
selain guna hair dryer, boleh juga parking kereta kat tgh panas waktu tengah hari. agak-agak kereta dah panas, cubalah cabut sticker road tax tuh…. confirm senang tanggal…
Dekat mana nak tempah ek….
Kedai printing sticker biasanya selalu ada bro.
Kie punya besttt sticker “TOLONG JANGAN SAMAN SAYA”
LOL….
Whoaaa…. skang dah kerap ligat fikir nak buat OFFLINE SEO yea…. bagus gak buah fikiran tu…..
Saya pun pakai sticker roadtax nih. Satu sticker boleh tahan dalam 5 tahun, jadi baru RM1 setahun. Hehe…
Kalau ada sticker roadtax versi Offpage SEO, bagitau lah. Saya nak! Hehe…
Idea yang menarik untuk strategi pemasaran blog secara offline. .
Leceh betul nak buang glue road tax ni, kene kikis guna pisau bagai.