Jalan-jalan di Danga Bay, ternampak satu bangunan berwarna biru putih.
Rasa macam pernah tengok..tapi dimana ye.
Berhenti betul-betul depan bangunan, tertera dipapan nama “Dewan Freemason“.
Ohh..betullah. Bangunan yang sama pernah diceritakan oleh blogger artis.
Freemason, siapa yang tak tahu tentang benda ini.
Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being). – sumber Wikipedia
Nota: Aku tak pandai nak huraikan lebih-lebih, tak tahu sangat. Cuma boleh berkongsi gambar je. Hehehe.
p/s: Makan malam kat Senibong. Best woo.
Sponsor Ads – Perlukan tempat menginap di negeri Johor? Sila rujuk Agoda.com untuk promosi-promosi terbaru dengan harga yang sangat menarik.
memang banyak kali dah nampak bangunan ni.
Terima kasih di atas perkongsian info. . Walaupun saya belajar dekat Johor selama 6 tahun setengah. . Tetapi saya belum pernah lagi pergi ke sini. ..
Masuk woo makan kat senibong. Ratah seafood sambil ngadap singapore…
🙂
bangunan tu jadi perhiasan je ke?
Ada terbaca di blog Shakiddo. Apa tindakan pihak berkuasa tempatan?
Bangunan nih ada kaitan dengan gerakan Freemason yang Zionist tu tak? Hehe… Ke kena tanya Blogger Artis?
bro..baru2 ni ak g melaka…lepas ko lalu dataran pahlawan..hujung ko amik kiri..then lepas tu ade ko nmpak simpang kiri ko masuk utk pusing balik untuk ke Bangunan Stadhuys yg warna merah tu…jalan tu mcm lalu blakang2 bangunan laa…mase ko masuk kiri tu ko perhati belah kiri..lg terang2 logo n tulisannye…huhu…
Aku duduk Johor pun tak tahu tempat ni. Macam balai polis pun ada. hehe
Tu dia…. siap berhenti snap gambar tu… nasib baik bro tak masuk dalam yea
Ada sumber yang mengatakan lambang2 freemason ni selain sebagai bukti eksistensi mereka juga mengandung hipnotis, jadi lumayan bahaya, tidak boleh dilihat lama2
Mengerikan, ada lambang Freemason. kenapa tidak dirobohkan saja, apa ini tempat bersejarah yang penting ???
kalau budak budak sekolah english college.. tu port kiteorg hisap rokok.. nama kiteorg panggil white house.. tp white house dah roboh,tinggal die je x roboh .. huhu..