in

Pentingnya Medical Card


Kad perubatan ataupun lebih dikenali dengan nama medical card adalah suatu bentuk perlindungan kesihatan kepada diri sendiri dan juga keluarga. Ramai yang sedar akan kewujudannya tapi mengambil jalan mudah untuk endah tak endah sedangkan apabila ada waktu-waktu tertentu kita dilanda musibah, medical card adalah salah satu daripada jalan penyelesaian yang benar-benar membantu.

Medical card Prudential Takaful
Contoh Medical Card milik adik aku
Medical card-Prudential Takaful
Pandangan belakang Medical Card

Aku?

Ya.. Aku sudah mempunyai medical card yang tersendiri, begitu juga dengan anak dan isteri aku. Ini kerana selepas melihat akan kelebihan yang diterima oleh kakak aku sepanjang tempoh anaknya dimasukkan ke dalam wad beberapa kali dulu, sejak itu aku bersepakat dengan isteri untuk mendapatkan medical card bagi kami sekeluarga.

Bila dah ada medical card, bukanlah maknanya aku nak kata aku adalah orang yang berduit sangat sebab dapat bayar insurans setiap bulan. Tetapi mudah untuk aku katakan bahawa ianya adalah seperti menyediakan payung sebelum hujan.

Almaklumlah.. Kita bukan selalunya sihat. Ada masa-masa tertentu kita akan diuji oleh-Nya. Jadi sekiranya pada masa itu duit didalam akaun pun cukup-cukup makan, maka dengan adanya medical card ini boleh lah cover yang mana patut. Betul tak?

Okay.. bercakap tentang medical card ini, dengan rasa berbesar hatinya disini aku ingin memaklumkan korang semua bahawa abang ipar aku merupakan salah seorang daripada ejen Prudential Takaful. Beliau sudah lama didalam bidang ini dan sepanjang tempoh beliau melibatkan diri sebagai ejen, beliau telah berjaya membantu ramai pengguna diluar sana dalam mendapatkan medical card masing-masing.

Antara kelebihan medical card Prudential Takaful yang diperkenalkan melalui abang ipar aku ini ialah:

  1. Perlindungan hayat jika berlakunya kematian, lumpuh ataupun sakit kritikal
  2. Pembayaran sepenuhnya bil hospital dengan kadar minima RM500,000 sehingga RM4,000,000
  3. Simpanan dan pelaburan untuk orang dewasa, dan tabung pendidikan untuk anak-anak yang masuk ke kolej atau universiti
  4. Mendapat duit saku sehingga RM400 sehari jika dimasukkan ke dalam wad
  5. Mempunyai lebih daripada 70 buah panel hospital diseluruh Malaysia dan diantaranya adalah Gleaneagles Hospital Kuala Lumpur, Prince Court Medical Centre, Sime Darby Medical Centre Subang, KPJ Kajang, KPJ Tawakal dan banyak lagi.

Haa.. ini adalah contoh duit saku yang telah ditanggung oleh Prudential Takaful. Ia adalah resit asal yang dikeluarkan oleh pihak KPJ Kajang ketika anak buah aku masuk wad baru-baru ini disebabkan demam denggi.

Maaf, gambar sedikit gelap - Klik untuk besarkan
Maaf, gambar sedikit gelap – Klik untuk besarkan

Untung kan? Tidak perlu bayar satu sen walaupun jumlah bilnya mencecah angka ribuan ringgit.

Jadi, ada sesiapa yang berminat nak dapatkan medical card ini? Kalau ada bolehlah terus menghubungi abang ipar aku, Shahrul Zakuan di nombor telefon 013-3842151 / 012-3349800 untuk mendapatkan free quotation.

p/s: Invest duit dalam medical card tak rugi pun, sebabnya.. sakit semua tu bukan kita tahu bila nak datang.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

21 Comments

Leave a Reply
  1. aku suka ayat last tu, invest duit untuk jaga kesihatan memang berbaloi. kita tak tahu bila kita akan jatuh sakit ke hapa. tu ramai sales product kesihatan manjang. haha

  2. Selain itu jangan lupa invest untuk orang yang lebih memerlukan. Sebab jaminan Allah, kalau kita bersedekah, insyallah kita dijauhkan dari penyakit. Kalau dah sakit, bersedekah juga boleh menyembuhkan penyakit.

    Btw.. medical card ni ada tak yang cover untuk ke klinik kalau demam2? yang ni untuk warded je kan?

    • Yerp.. itu pun salah satu. Cuma bagi yang berkemampuan disarankan ada medical card ni sebagai backup masa depan.

      Untuk yang cover klinik, rasa macam takde je mana2 medical card yang tawarkan benda tu. Sebab biasanya yang tu bagi orang yang dah kerja, akan dapat as staff benefit.

    • Salam…prudential da ad pru clinic…kad nie boleh pakai dimana2 panel klinik under prudential…mmg terbaik…jimat dan sihat…tapi wajib amik med card sebelum ambil clinic card…

  3. Dulu ada agen dia call saya , cakap TAK NAK sebab baru habis belajar mana ada duit, tapi dia promote sampai kehabis jugak.. last saya cakap dengan baik. Sorry encik memang tak dapat nak nolongnya, saya pun tak berduit lepas habis belajar ni… 🙂

  4. Serius, medical card. Rasanya penting yg amat sekarang ni. Sakit tak dijangka dan jika perlu wang dalam jumlah besar, medical card boleh bantu ringankan beban…

    jadi…pepandailah kita buat keputusan

  5. Betul sediakan payung sebelum hujan…last year 2013 bill hospital my hubby aje dah dkt $150K dan tahun ni 2014 $22K…Nasib semuanya cover by medical card…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *