in ,

Seterika Laurastar Mesra Pengguna


Menggosok baju, bukanlah suatu kerja yang aku gemar lakukan.

Bukan kerana malas, tetapi ada beberapa perkara remeh yang boleh membuatkan aku hilang sabar sepanjang aktiviti menggosok baju dilakukan. Betulkan kedudukan garisan baju, hilangkan kedutan atas bawah, air dalam seterika bocor menitik-nitik dan yang paling menguji kesabaran apabila terpaksa mengawal suhu seterika ke paras-paras yang tertentu supaya baju, seluar atau kain yang digosok tidak hangus terbakar.

Aduhai.. Dengan masalah-masalah sebegini, jika secara tidak sengajanya aku terbangun lambat hendak ke pejabat dan kena pula pada masa itu semua baju masih lagi belum bergosok, in the end.. stress-lah jawabnya.

Perkembangan teknologi mengatasi masalah

Baru-baru ini aku bersama beberapa orang top blogger yang lain telah menerima satu jemputan daripada Visionary Solutions Sdn Bhd iaitu pengedar tunggal bagi produk elektrik berjenama Laurastar. Majlis ini yang bertujuan untuk pengenalan dan memberi pendedahan produk tersebut kepada orang ramai melalui medium sosial media blog diadakan di bangunan 10 Boulevard, Petaling Jaya.

Bagi yang masih tertanya-tanya mengenai jenama ini, Laurastar sebenarnya adalah sebuah jenama produk elektrik keluaran Switzerland yang terkenal dengan pengeluaran seterika wap bertekanan tinggi (Pressurized steam iron). Mula berada dipasaran disekitar tahun 1980-an dengan target pasarannya yang lebih tertumpu dan saling berkaitan dengan bidang fesyen.

Pengenalan pertama kami terhadap seterika Laurastar ini sememangnya mengujakan. Yelah, buat pertama kalinya dalam hidup, aku dapat melihat sendiri bagaimana sebuah seterika mampu melakukan tugas cucian kering (Dry cleaning) dimana-mana sahaja walhal sebelum ini ia sepatutnya dilakukan oleh kedai-kedai dobi. Malah, dengan hanya satu larasan suhu sahaja ia boleh digunakan keatas semua jenis fabrik pakaian ataupun seluar. Wow! Mengagumkan.

Selain itu, terdapat juga beberapa fungsi menarik yang aku rasakan ia adalah satu inovasi yang cukup kreatif dimana seterika Laurastar ini mampu membantu pengguna untuk menyiapkan tugas menggosok pakaian dengan lebih pantas.

Terdapat dua jenis seterika Laurastar yang dibawa masuk kedalam pasaran tempatan iaitu Laurastar Pulse dan juga Laurastar Lift. Bagi seterika jenis Laurastar Pulse, antara kelebihannya:

Laurastar Pulse

  • Merupakan sistem seterika lengkap, dipadankan dengan papan seterika yang dipanggil MAGiiC™ Active Table (mempunyai dua buah kipas angin yang boleh meniup dan menarik angin dari permukaan papan seterika) dimana fungsi papan seterika ini adalah untuk mambantu menghilangkan kedutan dengan mudah.

    Laurastar Pulse Hafiz Rahim
    Kelihatan penutup papan seterika yang kembung ditiup oleh udara dari bawah apabila seterika diangkat.
  • Mempunyai fungsi CLiiCK™ Intuitive Automatic Steam yang mana hanya dengan sedikit pergerakan tangan membawa seterika bergerak kehadapan akan menghasilkan wap panas (steam) secara automatik, manakala apabila seterika digerakkan kebelakang ataupun dihentikan, pengeluaran wap panas juga akan diberhentikan (penjimatan tenaga).
  • Tempoh untuk memanaskan seterika Laurastar ini hanya memerlukan masa 3 minit sahaja untuk kegunaan serta merta.
  • Mempunyai kawalan automatic cut-off selepas 15 minit tidak digunakan yang mana ianya berfungsi sebagai penyumbang kepada peningkatan tahap keselamatan dan juga kecekapan tenaga.
  • Mempunyai kotak simpanan keselamatan bagi menyimpan seterika yang masih panas dan dalam masa yang sama ianya membantu mengurangkan risiko berlakunya kecelakaan.
  • Didatangkan dengan 3Dii™ Active Soleplat iaitu tapak plat aktif 3D yang akan mempertingkatkan kualiti seterika pakaian hanya dengan satu gerakan (tiada masalah sekiranya bahagian kiri dan kanan seluar tebal ataupun jeans diseterika sekaligus).
  • Sistem seterika profesional pertama yang ringan (hanya seberat 19kg), selesa dan tidak memenatkan.
  • Papan seterika boleh dilaras dengan 6 ketinggian, mudah dilipat sekiranya tidak digunakan dan juga mempunyai roda yang membantu dengan mudah sekiranya sistem seterika ini hendak dialihkan ke tempat lain.
  • Dilengkapi dengan satu penapis air untuk memastikan kebersihan fabrik terjamin.

Laurastar Lift

Manakala bagi seterika jenis Laurastar Lift yang didatangkan dengan dua jenis model iaitu Laurastar Lift dan Laurastar Lift plus pula, fungsinya hampir menyerupai Laurastar Pulse tetapi bagi jenis ini ianya lebih kepada sistem seterika mudah alih (portable) yang lebih kompak dan sesuai dibawa kemana-mana sahaja tanpa memerlukan ruang yang besar. Berat keseluruhannya cuma 5.5kg dan didatangkan dengan 6 pilihan warna iaitu merah, kelabu tua dan putih bagi pilihan model Laurastar Lift. Manakala hitam, merah jambu dan platinum bagi pilihan model Laurastar Lift plus.

Laurastar Lift colour Hafiz Rahim
Perempuan mesti suka merah jambu.

Owh ya.. Maafkan aku terlebih dahulu kerana sepanjang demonstrasi penggunaan diadakan, aku agak terpaku dengan sifat futuristik seterika ini sehingga terlupa untuk merakamkan video. Tetapi sekiranya aku berpeluang untuk memiliki seterika ini satu hari nanti, sudah pasti didalam entri yang akan datang akan aku tunjukkan cara penggunaannya melalui rakaman video. Bak kata pepatah Inggeris, “Action speaks louder than word“. Hehehe.

Laurastar Hafiz Rahim
Tak berat, ringan je.

Melihat kepada ciri-ciri teknologi yang cuba diketengahkan oleh tenaga pakar Switzerland ini, secara jujurnya jika ditanya sama ada aku berminat untuk membeli seterika Laurastar ini untuk kegunaan sendiri ataupun tidak?

Jawapannya, sudah tentu YA. Jika suatu hari nanti aku dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah, apa salahnya. Lagipun, melalui pemerhatian aku tentang produk ini, ianya sangat-sangat membantu dalam memudahkan kerja seharian. Lebih-lebih lagi bagi individu seperti aku yang kerja sehariannya lebih memerlukan baju kemeja dan seluar slack yang diseterika dengan kemas. Dan tidak dilupakan juga event-event formal blogger yang perlu aku hadiri hampir setiap masa. Pasti isteri aku adalah insan yang paling gembira kerana tidak perlu lagi berpeluh-peluh menggosak baju aku di hujung minggu. Hehehe.

Alang-alang sudah bercerita panjang lebar tentang produk ini, pasti ada yang tertanya-tanya akan harganya bukan? Sebagai informasi kepada rakan-rakan semua.. harga bagi seterika Laurastar Pulse ini ialah RM8499 manakala harga bagi Laurastar Lift pula adalah didalam lingkungan RM2299 sehingga RM2999 (bergantung kepada pilihan model dan juga warna) serta tidak dilupakan juga, untuk setiap produk mempunyai jaminan waranti selama 2 tahun.

Well, dengan harga yang sebegitu aku dapat rasakan mesti ramai yang akan terkejut kan?

Aku juga sebegitu pada awalnya, namun apabila difikirkan kembali akan semua kelebihan teknologi dan aspek keselamatan yang dititik-beratkan, rasanya pembelian produk ini memang value for money. Terutamanya jika ada diantara anda yang masih mempunyai anak kecil di rumah, sudah tidak perlu lagi risau sekiranya terlupa menutup suis seterika. Bagus kan?

Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk ini, sila lawati pusat penjualan mereka di cawangan Harvey Norman yang berdekatan atau anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut melalui laman web Visionary.com.my dan juga laman web rasmi Laurastar Malaysia sendiri di www.Laurastar.com.my.

p/s: Rasa-rasanya aku boleh dapat percuma tak? Nanti boleh buat bisnes dry cleaning. Half price dari kedai dobi. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply
  1. perghhhh…siap boleh buat dry cleaning ni…mmg superblah!

    tak pernah lg aku dengar ade sterika jenis macam ni…

    eh, merah jambu tu, bukan gadis2 comel jer suke…titan yg kacak tu pun suke ..hehehe

  2. suka ler pada design dan fungsinya.
    lagipun tugas aku gosok baju kerja stok seminggu untuk kami berdua mungkin akan lebih mudah dan cepat kalau dapat seterika ni.
    kena menabung dah mulai sekarang. 🙂

  3. Baru hari ni call servis center laurastar menyedihkan menyakitkan hati.beli beribu ribu seingat saya 8500mesin gosok laurastar x1tapi servis luar kl tak boleh jawap eee.kenapa masa beli tak info seremban tak leh datang servis.aduhai pening plus sakit hati ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *