Yes, berita baik kepada para ibu diluar sana. Sempena dengan ulang tahun Philips Avent Malaysia yang ke-30, baru-baru ini mereka telah menganjurkan satu peraduan foto menarik yang diberi nama Philips Avent Mummy’s Wishing Wall Contest.
Peraduan ini yang terbuka kepada semua warganegara dan juga pemegang kad pengenalan Malaysia yang sah, telah bermula semalam iaitu 24hb Febuari dan akan berakhir pada 30 Mac 2014.
Peraduan mudah ini adalah peluang kepada anda semua untuk merebut hadiah berupa produk Philips yang bernilai lebih RM600. Hanya dengan sekeping gambar si kecil anda dan juga disertakan beberapa patah ucapan yang kreatif, anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik tersebut.
Wow.. Bunyi macam best kan?
Okay, tunggu dulu. Ada yang lebih best. Pemilihan pemenang bukanlah hanya terhad kepada seorang sahaja tetapi, Philips Avent Malaysia telah berbesar hati untuk menawarkan hadiah yang sama kepada 4 orang bakal pemenang. Jadi, maksudnya disini akan ada 4 orang yang akan menerima hadiah grand prize yang sama.
Manakala untuk kategori 10 orang yang memiliki bilangan vote tertinggi pula, mereka akan diberi hadiah berupa Philips AVENT Toddler Meal Time Set bagi setiap seorang. Isk.. Untung betul siapa yang menang nanti ye. Hadiah mahal, jenama Philips pula tu.
Cara penyertaan macam mana?
Owh.. Untuk turut serta dalam peraduan ini, ianya sangat mudah dan ringkas. Cuma ada beberapa perkara sahaja yang perlu dilakukan dan ianya adalah:
- Menjadi follower di fanpage rasmi Philips AVENT Malaysia dan kemudiannya “LIKE” applikasi Facebook Philips AVENT “Mummy’s Wishing Wall”.
- Mengisi butiran peribadi pada borang peraduan yang disediakan di applikasi Facebook tersebut.
- Memuat naik gambar anak anda dengan saiznya tidak melebihi 5Mb.
- Pilih kategori yang ditawarkan sama ada kesihatan, keselamatan, pelajaran ataupun lain-lain.
- Tulis ucapan kreatif yang berkaitan dengan kategori pilihan tanpa melebihi 500 huruf termasuk hashtag rasmi peraduan iaitu #PhilipsMumsWish.
- Kongsikan penyertaan anda di Facebook, Twitter dan Instagram untuk mendapatkan vote daripada rakan-rakan anda.
Siap. Haa.. Macam mana? Senang je kan. Bukan susah sangat pun setakat upload gambar dan dapatkan vote daripada rakan-rakan. Kalau yang terlebih rajin, nak hantar penyertaan lebih daripada 1 pun boleh. Maksima adalah 5 penyertaan sahaja.
So, apa lagi. Dah boleh mula ambil gambar anak sekarang.
p/s: Aku pun nak join juga. Mana boleh orang lain je nak menang. Hahaha.
semoga berjaya bro untuk contest Philips Avent ni, memang menarik boleh hantar sampai 5 penyertaan.
time baca entri bro ben td, blom abis aku dah like page tuu.. tengok2, gambar anak kene snap.. hahaha.. lom kawen lagi -_-
La AVENT ni anak syarikat PHILIPS rupanya
Yeahhh…. nanti gua tolong kasi LIKE secara pukal yea….
aku takde anak. jadi, tak boleh la nak join..
Aku pun join, jgn lupa undi aku gak.. he he..
Leh gak nak try nasib ni…hehe..lagipun lambat lagi habis tu..