in

Bila URL Blog Kena Block Dengan Facebook

FILE PHOTO: Silhouettes of mobile users are seen next to a screen projection of Facebook logo in this picture illustration taken March 28, 2018. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo

Aku tak sure bila tarikh sebenar link URL blog aku ni kena block oleh Facebook. Tapi yang aku betul-betul pasti bila hari ni ketika aku nak share satu blogpost dekat Facebook, tekan post je.. keluar error notification “You can’t share this link: hafizrahim.com Your post couldn’t be shared, because this link goes against our Community Standards.

Ahh sudah.. aku buat salah apa? Entri mengarut memang tak pernah buat, semuanya cerita pasal life sendiri je.

Aduhai.. Walaupun sumber trafik utama bukannya daripada Facebook, tapi lebih kepada skill SEO.. tapi rasa kecewa tu muncul jugak.

Nak coaching SEO, rujuk sini – hafizrahim.com/personal-coaching

Lepas dah kena block ni, bermacam-macam tips dah aku google. Ada yang suruh appeal la, tapi langsung tak jumpa kat mana form untuk appeal. Dan tak kurang jugak, ada tindakan drastik yang recommend untuk tukar ke domain baru.

Weh.. tukar ke domain baru tu gila sangat ideanya. Blog domain hafizrahim.com ni ada 1001 sentimental value kot. Takkan setakat masalah tak boleh nak post kat Facebook terus nak kuburkan ia begitu saja.

Ahh.. persetankan lah.. setakat ni bila chat dengan awek Facebook pun diorang just bagitahu surface problem je. Dan borang untuk aku report problem dah di submit beberapa kali.

Hopefully lepas ni ada la respon daripada Facebook. Tapi.. In case kalau tak ada respon jugak, aku pasrah je. Tak ada hal lah.. siapa follower tegar aku akan tetap baca blog aku tanpa disuruh. Huh.

Owh by the way, hari tu ada sekali dekat Instagram aku ada problem juga yang relate dengan link kat profile. Bila ada link blog kat bio, tak boleh nak post gambar terbaru. Nak like dan komen pun tak boleh. Tapi bila link blog tu aku remove, okay pulak. So, aku rumuskan kedua-dua platform ini berkait antara satu sama lain. Cisssdel.. kohaja betul.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply
      • Blog sy hadapi masalah yg sama..mcm mana bro buat ya sbb sy try share link blog bro ni dh boleh…sy dh hantar form byk kali kt fb tapi xde respons…huhu rasanya baru berapa kali je share blog link kt fb..xtau apa masalahnya.

  1. yes..FB & IG ni adik-beradik..dua dua tempat ni aku tak leh post url blog.hahah..tapi dah pasrah. Masuk kerja ofis 9-6 lupakan hal ini..hahahahah

  2. Mungkinkah sebab ada yang buat report link address kita tu melalui facebook? Contoh spam ke? Tapi tu la… bila terjadi macam ni… memang betul sakit hati pun ada jugak… semoga kita semua dipermudahkan urusan…Aamiin…

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *