in

Major Servis Vios 240,000km


Akhirnya tiba masa untuk major servis vios aku buat kali ketiga. Kali pertama major servis dulu waktu mileage 80,000km. Kali kedua pulak waktu mileage 160,000km. Manakala untuk kali ketiga ni, ketika mileage dah cecah 240,000km. Dah jauh perjalanan kereta ni ye. Tapi masih lagi gagah diatas jalan.

Seperti yang ramai sedia maklum, major servis ni melibatkan kos yang tinggi. Jadi untuk major servis kali ketiga ni aku share siap-siap benda apa yang ditukar hingga menyebabkan kos penyelenggaraan melebihi 4 angka, diantaranya:

  • Minyak hitam semi synthetic 10W40
  • Minyak brek DOT3
  • Spark plug
  • Air filter
  • Oil filter

Dan untuk menjaga prestasi kenderaan serta maintain keselesaan pemanduan.. terdapat juga beberapa item tambahan yang ditukar atau ditambah, iaitu seperti:

  • Minyak gearbox (ATF Fluid WS 4L)
  • Cabin air filter (filter aircond)
  • Petrol Engine Flush Additive
  • Petrol Injector Cleaner
  • Wiper rubber (tukar getah wiper sebab nak maintain pakai besi wiper original)
  • V-belt

Actually, untuk V-belt tu adalah penukaran on the spot disebabkan masa technician tengah servis, nampak keadaannya dah tak berapa nak elok. Maka untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku, pihak Toyota sarankan untuk tukar terus. Kasi layan je la.

Manakala, untuk moulding roof tu pulak (iaitu getah lining kat atas bumbung).. penggantian dibuat kerana benda alah getah tu dah hilang daripada kereta aku tanpa dapat dikesan.. For info, satu getah lining tu je dah harga RM105.20, tak campur lagi dengan klipnya yang berharga RM4.80 (kena beli dua klip). Standard price Toyota. Mahal dowhhh.. Tapi kalau beli kat luar takut kualiti pulak cap ayam. Hahaha.

Dan untuk keseluruhan kos major servis ini termasuklah servis maxcheck advance plus Toyota. Oh ya, alang-alang dah kos mahal tu.. aku request pihak Toyota untuk suruh technician cuci throttle body sekali (dan yang untungnya, aku dapat kawtim free.. tak payah bayar apa-apa.. Selamat. Hohoho).

Nota: Tempoh masa yang diambil untuk buat major servis ni tak lama. Dan disebabkan aku dapat slot in appointment aku pada awal-awal pagi Sabtu jam 8.00 pagi, maka semuanya siap dalam tempoh 3 jam sahaja. Yeay.. habis servis kereta terus balik rumah ambil anak bini ajak pergi jalan-jalan pulak. Heee.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Boleh tahan mahal harga v belt rm224. Kat luar klu tak silap rm60 ke 70.

    Harga getah bumbung sama dengan luar. Saya beli kat luar, ori, rm100 juga.

  2. Assalamualaikum, sy nak beli vios 2017 terpakai, sy perlu buat major service dan extra service ke? Boleh tolong bg nasihat. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *