in ,

Hantar Khair Masuk Kelas Piano Pulak

Close up of girl's hands on piano

Akhirnya jumpa juga cari kelas muzik untuk Khair. Actually, plan nak hantar dia ke kelas muzik dah lama dah.. tak kisah sama ada kelas gitar ke, kelas piano ke, kelas drum ke.. tapi dalam satu hari mesti nak juga dia ambil kelas muzik.

So untuk kelas muzik yang aku dapat ni.. kebetulan dapat info lepas beberapa kali search dekat Google, adalah kelas piano Teacher Najwa. Dan yang menariknya, kelas piano ni diajar secara one to one (private tutor) dimana lokasinya pulak tak jauh daripada rumah aku.. iaitu dekat Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Sekangkang dinosour je weh dengan rumah aku dekat Seksyen 3 ni haa.

Cuma.. bila dah jumpa kelas piano ni, lepas dah tanya cikgu kelas piano tu detail bagai.. aku tanya la pulak pada Khair kan sama ada dia berminat ke tak.

Korang tahu tak dia jawab apa?

Tak minat, nak main drum katanya.

Ahh sudah.. boleh pulak dia nak belajar instrument yang bukan senang nak cari tenaga pengajar. Kalaulah diikut sangat kehendak dia tu kan, kelas drum tu ada memang lah ada. Tapi lokasinya jauh. Kat Kajang sana nun. Dan.. harganya pun boleh tahan berpeluh nak bayar. Hahaha.

Jadi, dengan menggunakan kuasa veto.. aku bagi kata putus supaya dia masuk juga kelas piano ni nanti. Minat tak minat, itu nombor 2. Pergi dulu baru tengok hasilnya macam mana. Kalau nanti betul-betul tak boleh nak masuk dengan piano, baru decide tukar ke kelas muzik lain pulak. Hohoho.

Nota: Kelas piano tu 1 bulan 4 kali dan untuk setiap kali kelas, tempoh pengajarannya dalam 30 minit. Yuran bulanan adalah RM115 dan boleh pilih masa waktu yang nak attend kelas.

Aku tanya teacher Najwa, belajar piano wajib ada piano terus ke? Katanya.. awal-awal ni tak ada piano kat rumah pun tak apa.. masih boleh belajar. Nanti dah lama sikit kalau dah kenal chord semua.. kalau nak praktis kat rumah baru beli.

p.s: Piano keyboard 61 keys yang baru, harga dalam RM300-400 pun dah boleh dapat. Tapi kalau drum set baru, paling cikai pun dah RM1,000 lebih. Hohoho.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *