in

Ada Apa Dengan Urine Test


Datang ke pejabat hari ini dengan imbuhan ilmu yang baru. Ada Urine Test secara percuma yang sedang dijalankan oleh pihak syarikat kepada staff yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan.

Tanpa membazirkan peluang yang tersedia, secara sukarelanya aku mendaftarkan nama.

Pemeriksaan kesihatan urine test

Alahai..benda orang dah bagi percuma takkan nak tolak pula. Alang-alang dapat juga aku monitor tahap kesihatan aku sekarang. Betul tak?

Antara pemeriksaan yang telah dibuat termasuklah pemeriksaan tekanan darah, bacaan kolestrol dan protein, tahap pH dan kandungan gula dalam badan.

Keputusan pemeriksaan air kencing

Result urine test

Secara keseluruhannya, ini adalah keputusan yang aku perolehi. Menurut apa yang diterangkan oleh pegawai kesihatan, semuanya normal kecuali bacaan untuk tekanan darah agak tidak teratur, bacaan normal sepatutnya 120/80 dan ianya terjadi mungkin disebabkan tak cukup tidur.

Okay lah tu..Tak ada masalah. Bacaan setiap kategori pun tak teruk sangat. Cuma untuk bahagian Ketone (Kolestrol) dan juga Protein sahaja yang agak sedikit berlebihan, mungkin selepas ini kena lebih berjaga-jaga dalam pemakanan dan perbanyakkan minum air kosong.

Sekadar info:

  1. Kadar degupan jantung bagi orang normal adalah dalam lingkungan 72-80 seminit, manakala 60-71 seminit bagi golongan yang selalu bersukan 4 kali seminggu dan 50-59 seminit bagi golongan yang aktif bersukan melebihi 7 kali seminggu.
  2. Vitamin B dan zat besi penting untuk meningkatkan tekanan darah bagi orang yang berdepan dengan masalah tekanan darah rendah.
  3. Jam 11.00 malam sehingga 1.00 pagi merupakan waktu aktif badan membuang segala toksik yang terkumpul(detox). Jadi, waktu ini adalah waktu yang paling sesuai untuk seseorang itu tidur.
  4. Bacaan pH air kencing normal adalah 7.0.
  5. Antara simptom awal kencing manis adalah kencing tidak lawas, selalu penat dan cepat dahaga.

p/s: Urine test hanyalah untuk pemeriksaan awal. Bagi mendapatkan keputusan yang lebih sahih, dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan darah di hospital yang berdekatan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. Dah lama tak buat Urine Test… Masa dekat Mukah dulu ada lah 2-3 kali buat Urine Test… Tapi Alhamdulillah, sampai sekarang pun tak tahu apa keputusannya… Orang kata kalau tak ada sebarang keputusan, maknanya tak ada masalah…

  2. Thxs informasi menarik ni…

    alhamdulillah buat masa ini 2 atau 3 bulan lepas pun baru lepas wat pemeriksaan kesihatan,

    kena kurang kan minum berkarbornat huhuh…

    tadi baca info no.1 degupan jantung terus buat! ehehhe 80/minit.

  3. Kalau BP bro.. gamaknya atas sure terang2 dah 140…

    Ini pun dah start risau.. ada beberapa petanda telah menanda.. Be prepare je la

Leave a Reply to Kikie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *